Friday, September 4, 2009

Persediaan menghadapi suatu perjuangan,

Hyep semuaa :)

Pertama sekali, hari ini aku mahu guna bahasa baku dan skema, ini kerana peperiksaan percubaan Sijil Peperiksaan Malaysia akan tiba, dan permulaan kertas peperiksaan aku adalah Bahasa Melayu, aku rasa aku nak mendapat yang terbaik jadi sekarang aku mahu bagi kamu semua baca salah satu perenggan karangan, BACALAH :)

Pembinaan institusi keluarga yang mantap merupakan hospital yang paling anggun bagi merawat pesakit sosial di kalangan remaja. Keluarga yang mantap dan bahagia menjadi penawar kepada aneka resipi penyakit sosial. Setiap anggota keluarga memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Suami isteri saling menghormati dan mempunyai wawasan cemerlang tentang program pendidikan anak-anak mereka. Sesungguhnya ibu bapa yang cemerlang dari segi akhlak akan melahirkan anak-anak yang cemerlang dan sebaliknya. Keadaan ini akan melenyapkan sifat negatif seperti kes penderaan, haruan makan anak, anak derhaka, penceraian, dan seribu satu masalah sosial yang timbul akibat ketidakmantapan institusi keluarga itu sendiri.

Peranan Institusi Keluarga Membendung Masalah Sosial di Kalangan Remaja,
Siti NurHuda Saleeh.

Jadi apa kata anda ? adakah anda rasa, aku sudah bersedia untuk menjawab kertas Bahasa Melayu pada lapan hari bulan sembilan yang hampir tiba ? ohh, doakan aku dan aku akan cuba melakukan yang terbaik dari setiap aspek, Terima Kasih :)

Kedua, hari ini saudara aku, Naeilah, akan datang ke rumah aku, berbuka bersahur bersama lah nanti, yeay ! sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat, :D

Ketiga, hari ini juga, lepas kemas rumah dan bilik, aku mandi dan syampu rambut, SEGAR LEGA NYAMAN, aku ada fokus sendiri dan aku ada kehidupan untuk di teruskan jadi aku kena dalam keadaan yang terurus dan tertib, hari ahad ini mula lah pembelajaran sepenuh masa aku bersama saudara aku, aku risau dan susah hati sekarang tapi aku akan cuba buat yang terbaik, Yeah :)

Keempat, aku nak berterima kasih tersangat kasih lah kepada Aman yang telah menyokong aku dari jarak jauh, sangat terharu dan rasa terkejut bila setiap kali aku dalam keadaan gusar, dia akan hadir memberi semangat kepada aku, dan sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga, weh ! raya datanglah rumah tau, hehe nanti dapat duit raya tau, haaa datang tau ! heeee, akhir kata kepada Aman, Terima Kasih banyak dan Huda akan ingat segala kata kata hikmat Aman tuh, HAHAHAH Jaga Diri :]

Kelima, kepada kumpulan GEMOK's yang aku sayangi, kita berjuang bersama dan bermatian pun bersama kan ? hehe, kita doa satu sama lain untuk berjaya bersama di dunia dan akhirat tau, buat yang terbaik, GOOD LUCKS !
xoxo

Keenam, huhh letih kan berbaku macam ini ? HAHAHAH tak apa, teruskan Huda :)
Okay, hem to adik yang tersayang aku :
I think i'm gonna miss you untill I couldn't barely answered the exam for whole trials :) ingat tau apa akak cakap tau, jangan degil yee budak, xoxo hee IMYSM :( && ILYSM ! :D

Ketujuh, sekarang pukul 5.30, mak aku baru sampai rumah, dan yana ada kat bawah tengah tengok cerita, jadi aku nak keluar ni, nak jumpa kawan kawan dan aku nak bagi tahu yang mungkin aku tak akan post sepanjang percubaan ini, harap maklum dan memahami, :)

Tuntasnya, Selamat Tinggal dan jaga diri elok elok tau ? heeee !
xxxx,
hudaa,

No comments: