Saturday, December 31, 2011

hari pertama.

Assalammualaikum.

Okay, just nak gtau yang hari ini saya balik Machang dengan menaiki bas Sani. Hee.

Doakan perjalanan saya. Amin.

DONE!

Oh yeah! Maybe saya jarang online nnt dan jarang updates :)

Tata, Huda.

Friday, December 30, 2011

Tahun baru, 2012.



ILY :)

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah, tarikh akhir untuk tahun ini adalah 311211 dan saya masih bernafas. InsyaAllah, Allah akan panjang kan umur saya dan orang yang saya sayangi :)

Okay. Just for peringatan pasal semalam. Oh yeah! Saya tak buat apa apa semalam. Hanyan menemani emak ke office dan pergi jalan-jalan dalam UM serta balik ke rumah untuk tidur yang nyenyak dan bangun berjumpa Yana Ice Ena. Hee. Malam pulak, lepas makan dengan family kat kedai makan uh, balik saya tengok MahaRajaLawakMega, okay. OSBON lucu sangat! Hehe. Boboi pun apa kurang nya. Hee. Then, saya tidur pukul 2pagi.

Hee. Hari ini pulak, saya bangun pada pukul 6.30pagi kerana dikejut oleh adik saya. Selepas itu, saya pergi jogging! Yeah! Then, balik saya basuh kereta mak. Then, saya tidur! Tidur lagi? Hoo lah! Saya penat. Adoi. Then, saya bangun! Makan McD :)

Now, sedang menaip! :D

Okay. Esok tahun baru, 2012.

Tiap tahun bila tiba tahun baru, mesti orang akan tanya 'apa azam kau tahun baru nie?'

Dan kalau soalan itu tuju kepada saya untuk tahun ini, saya akan jawab:

'Azam aku tahun nie nak habis kan diploma dengan jaya nya. Saya akan berusaha untuk menghabiskan diploma dalam tahun ini dan teepat pada masanya. Doakan saya berjaya yea kawan-kawan! Hee. Saya nak mak ayah saya berbangga dengan saya kerana mempunyai anak seperti saya. Hee. InsyaAllah. Sama-sama berdoa okay :)'

Haa. Jadi, apa azam anda? Woah!

Okaylah, semoga anda semua diberkati Allah dan sentiasa mengingati Allah!
Lakukan kebaikan tinggalkan kejahatan :)

Then,

SELAMAT TAHUN BARU 2012 :)

Iloveyou, Huda.

Thursday, December 29, 2011

manyepi bukan bermaksud hilang.


Ho ho ho, merry krismas. HA-HA. Assalammualaikum semua.

Okay, dekat tiga hari tak updates. Hee. Mari saya cerita satu persatu apa yang saya buat selama saya tak updates okay?

DUA HARI LEPAS.

Pagi. Saya pergi jogging dengan aus. Selepas itu, saya mengemas rumah. Then, saya pergi kajang, amek baju aus dan seluar ayah kat kedai jahit. Selepas zohor, saya hantar kakak saya bersama adik dan mak saya menaik kereta ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Balik dah pukul 5.30. Saya dan aus senaman bersama dan berehat. Saya tidur awal malam ini kerana saya mahu memasak untuk kawan saya pada esok harinya :)

SEMALAM.

Pagi. Saya mengemas rumah dan terus memasak untuk GEMOK's. Oh yeah! Lupa nak gtau, saya buat makan-makan pada hari ini. Hehe. Just for my GEMOK's. Dan hanya pucheri ena era ice bucu mok sahaja yang hadir. Jeeha tiena shoot tiak yang tidak hadir kerana hal tertentu. Hee. Saya masak spageti dan nasi goreng ala kadar dan nuget dan air orange. Okay, sampai petang. Saya rehat dan rehat. Hee.

HARI INI.

Saya bangun awal dan terus mengemas rumah. Selepas itu, saya tolong ayah buat bubur durian. Selepas itu, saya gerak pergi kajang kerana mahu mengambil Hanis Syazwani untuk bersama-sama saya dan aus pergi ke zoo negara dan bowling dan pizza hut. Hee. Sampai petang dan petang saya main badminton dengan aus. Malam pula, saya pergi makan dengan aus. Hehe. Sehari bersama aus dan Separuh hari bersama Hanis Syazwani. Hee. Oh lupa, hari nie, cerita Tentang Dhia akhir, ending dia sedih. Zikir and Dhia mati :'(

Okay, done!

Saya saji kan beberapa keping gambar yang berlaku pada hari ini untuk tatapan anda semua. Hee.










Kami :)


Nyte, Huda.

Monday, December 26, 2011

hari ini hari isnin.


Hell-O :)

Alhamdulillah, saya masih boleh menaip hari ini.

First of all, penat saya masih belum hilang. Alahai. Kesian bukan? Hehe. But its okay lah. Huda kuat! :D

UiTM Shah Alam, Koleh melati.

Okay, hari nie. Saya bangun pagi, lepas solat subuh. Saya kemas rumah sedikit. Then, saya pergi jog bersama ayah tercinta. Selepas itu, saya teman kakak pergi ke shah alam, amek nota dia yang tertinggal dan brunch di sana. Saya makan mee goreng mamak and roti kosong. Banyak kan? -,-

Rumah maksu :)

ERSHADT sayang :)

Comel bukan? Aus and Anis :)

Bla bla bla. Saya pun sampai rumah. Selepas itu, saya tidur kejap. Then, mandi dan makan. Then, solat zohor. Then, pergi ziarah nenek di rumah amu. Lepas asar pulak, kami singgah rumah maksu. Hehe. Then, baru balik selepas maghrib. Alhamdulillah.

Sampai rumah dekat pukul 10mlm. Hee.

Okay then, saya penat nie.

Assalammualaikum :D

Budak baik, Huda.


Saturday, December 24, 2011

cuti mid sem.



Rumah sewa tak siap lagi, RM450 satu sem.

Modenas CT100, DBX 6885 :)

Assalammualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah. Saya masih bernafas dan masih boleh melihat mendengar memikir perkara yang berlaku di alam ciptaan-Nya.

Okayokay. Saya tahu, silap saya. Banyak benda saya dah lama tak bercerita. Hee.

Saya tengah cuti pertengahan sem nie since 22hb till 1hb. Haha. Saya balik Machang, 1hb mlm nie naik Sani Express dengan Hanis Syazwani, turun Machang :)

Hee. Saya nak cerita menda eh? Erm. Okay, skg nie rumah sewa saya dah hampir siap. Belah luar jea tak siap-siap lagi. Tapi dalam dah penuh. dah okay. Alhamdulillah, semuanya okay KOT. Bersyukur dengan apa yang ada.

Hee. Saya dah mula berjinak-jinak memasak di rumah sewa saya sebab dah ada dapur kan? Hee. And for you all information, ayah saya belikan motor untuk saya di sana. Alhamdulillah, senang pergerakan saya. Cuma pada 21hb tuh, ada orang curi saya dengan Hanis punya topi keledar. Ish ish, dosa betul. Tape lah, saya harap orang yang mencuri tuh terkena balasan yang sepatutnya. Dan kami dah beli topi baru. InsyaAllah, dilindungi Allah. Amin :)

Hee. Kelas? Hem. Sangat penuh! Tapi insyaAllah, saya boleh biasa kan diri dengan keadaan sebegitu rupa. InsyaAllah. Doakan saya tau! Saya amek 5subjek sem nie. Dan mungkin saya buat intesesi pada cuti sem nie selama sebulan, hee. Doakan semua stabil yea. Start masuk after cuti nie, segala quiz dan test akan beratur menunggu giliran untuk dilangsung kan. Huh! Okay KOT! InsyaAllah. Amin :)

Hee. Duit? Oh yea! Saya masih mengumpul duit untuk membeli kasut yang saya idam kan selama nie. InsyaAllah, ada rezeki. Semua bereh! Hehe.

Hee. Apa lagi eh? Hm. Saya sebenarnya perlukan rehat yang cukup. Saya punya penat belum habis lagi. Makin bertambah dan saya rasa agak letih otak memikir kan banyak perkara. Tapi saya kena tempuh jugak sebab ini lah kehidupan sebagai seorang pelajar. InsyaAllah.

Hee. Okay lah. Saya tak ada cerita lagi.

Oh yeah! Saya masih belum berjumpa dengan GEMOK's saya. Tapi saya akan jumpa jugak mcm mcm mana pun. InsyaAllah, kalau ada rezeki.

Okay, done.

Anak solehah, Huda.