Friday, January 22, 2010

Random Random ...

Assalammualaikum :)

Okay, mula.

Macam mana eh nak mula ? HAHAH haihh, plastik je rasa nak gelak-gelak sekarang. WHAT-EVER.

Hmm saya memang dilahirkan dengan berperangai tak suka ambil hak orang sebab saya tak nak orang ambil hak-hak serta aset-aset terpenting dalam hidup saya. Tapi saya tak faham kenapa ada juga orang berperangai nak rampas itu ini, nak ambil itu ini, nak curi itu ini dari orang lain dalam dunia yang serba serbi penuh dengan keadilan. Ya, lumrah kehidupan. Hmm.

Saya betul-betul tak suka kalau benda tu jadi dekat saya. Saya jenis yang suka mengalah kalau macam-macam tu. Saya tak tahu nak buat macam mana. Mungkin sebab saya terlalu merendah diri sehingga saya jadi paling bawah antara yang bawah. Biarlah nak puji diri sikit pun. Saya punya blog :p Haihh. Secara am nya, saya rasa tak perlu nak ambil hak orang lain sedangkan hak sendiri terumbang-ambing melayang-layang tanpa destinasi tetap. Saya merepek sikit okay.

Saya sangat risau nak orang tahu siapa saya sayang, siapa saya cinta, siapa saya suka, siapa saya admire. HAHA, gelak paksa. Saya risau sebab saya takut orang ambil dia dari saya. Saya tamak, ya. Saya memang tamak sebab tak nak kongsi dengan orang lain. Saya tak suka kongsi-kongsi sebenarnya cuma pada orang penting-penting dalam hidup saya sahaja saya suka kongsi. Saya memang tak gemar kalau orang beramah mesra dengan orang-orang yang ada dalam hati saya. Baiklah, jiwang sikit.

Secara jujurnya, kalau orang lain cakap yang mereka suka borak, lepak, tengok, kacau dengan ibubapa serta adik beradik saya pun, saya tak suka sebenarnya. Saya tak suka ada orang nak rapat-rapat dengan keluarga saya. Walaupun nampak saya macam biasa sahaja, bergelak tawa bersama tapi hati saya memang tak boleh terima keadaan macam tu. Saya sungguh hipokrit kalau keadaan sedemikian. Yelah, saya jahat. Tapi itulah secara jujurnya, saya sangat sayang keluarga saya sampai begitu sekali. Saya memang cemburu buta nak melebih sikit. Saya tak tahu kenapa saya macam ini sedangkan saya tahu kalau keluarga memang akan kekal dan tak akan hilang dari pandangan mata walaupun sesaat sekali pun. Saya memang tak boleh terima kalau ada orang ambil mereka-mereka yang saya kasihi dari saya, mungkin.

- Saya pernah jadi mangsa. Orang yang saya sayang pernah kena ambil dengan mereka-mereka yang sangat tak ada kehidupan sendiri sebab ambil saya punya hak. Dunia ni besar, besar sebab bermillion trillion orang dekat atas satu bumi ni sahaja walaupun ramai orang cakap dunia ni kecil sahaja. Apa-apa je lah. Saya tak faham sekarang ni, walaupun berjuta-juta-juta-juta orang dekat duni ni, kenapa mesti ambil orang yang saya sayang ? Dah tak ada mata eh nak cari orang lain yang bukan hak saya. Hesh, tak suka.

- Cuba bayangkan, kawan baik sendiri ambil hak kita. Boleh ke kita terima ? Saya tak boleh sebenarnya tapi saya tak kisah KOT sebab dia kawan baik saya. Dia dah banyak tolong saya, mungkin. Jadi saya hanya mengikut rentak dia sahaja, apa yang dia nak, saya bagi. Lagipun, saya tak suka nak bergaduh dengan kawan baik saya. Saya amat memerlukan kawan dalam hidup saya, kalau dia tak ada macam mana ? Ya, saya tahu bukan dia je kawan saya tapi entahlah. Saya tak suka nak itu ini sangat. Abaikan. *Tiena, sabar ye, aku tahu cerita kau, Nadia dah cerita*

- Saya tahu, memang ada nama-nama yang saya letak dekat blog, contact hp, buku atau majalah yang kawan-kawan saya tak pernah tahu pun saya ada kawan dekat sana sini. Saya tak suka nak kenal kan kawan-kawan saya dekat kawan-kawan yang lain walaupun saya selalu buat macam tu. Tengok keadaan juga. Tapi kalau saya rasa tak sedap nak kenal kan, memang saya tak akan kenal kan. Alasan saya cuma satu, saya takut orang ambil hak saya. Yelah, saya kerek semacam kan nak fikir buruk macam tu je tapi itu salah satu langkah berjaga-jaga cara saya. Tapi kalau saya kenal kan juga orang yang saya sayang dekat mereka-mereka itu bukan bermakna saya redho nak dia lepas dari pandangan saya cuma saya nak mereka-mereka tahu yang dia hak milik saya, tak perlu nak mengata atau ambil dia. Berani kerana benar. HAHA, gelak palsu. Hm kawan-kawan baik saya sikit tak pernah tengok muka orang yang pernah menambat hati saya, sebabnya macam biasa lah. Saya risau. Dan sedikit cemburu. Ya, saya tahu bukan kacak tampan mana pun sampai ada yang nak ambil tapi itu lah saya. Tak suka tetap tak suka, faham saya kan ? Lagipun, mereka-mereka tahu yang saya macam mana. Sangat bersyukur.

- Dalam diam-diam juga, saya ada keluar dengan dia-dia yang saya sayang senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. Saya tak suka nak bagi tahu saya nak pergi mana-mana kalau apa-apa tau sebenarnya kecuali dia adalah orang yang terpilih. Itu pun tak secara mendalam. Cukup sekadar dia tahu saya nak keluar and nak buat apa. Itu je. Tak semua orang tahu saya keluar pergi mana tiap hari. Tapi ada beberapa orang yang penting dalam hidup saya tahu kemana sahaja saya nak pergi dan buat. Awak tahu siapa awak sekarang kan. Penting sangat dalam hidup saya. Jangan tak ada dalam hidup saya, tau awak-awak ?

- Kadang-kadang saya tak suka nak dengar kalau orang yang saya sayang sepenuh hati bercakap pasal orang lain. Dan saya amat tak suka orang lain cakap-cakap pasal orang yang sayang walaupun awak tak tahu saya sayang dia. Dan saya sungguh tak suka orang yang sayang cakap pasal orang yang saya sayang juga. Saya akan jadi seorang yang sangat kuat berfikir waktu tu. Hm.

Terpulang lah kat kau orang nak nilai aku macam mana. Tapi ini lah salah satu perangai saya. Saya tahu ada baik dan buruk nya kalau saya terus berperangai macam ini. Kenali isi hati saya ya.

*My girls, tak nak macam-macam itu, kan ? Hee :) Kakak-kakak serta kawan-kawan terbaik.
*Gemok's, semua jangan mengada nak lupa aku eh. Sepak laju-laju nak ? :D
*Bintang, awak tahu siapa awak. Tolong jangan biarkan saya ya. Janji kita.
*My boys, macam biasa lah. Hee sayang sama sayang kan. Tak pernah ambil budak lain kan. Kita-kita je. AHHA :D
*Nescafe, kawan sampai mampus :)

*Aman, siapa ambil awak eh ? Hmm.
*Ewan, please ? :(

Penat, Huda.

Thursday, January 21, 2010

Random ..

Perasaan sekarang kurang stabil tapi boleh dikatakan gembira dengan keadaan yang agak teratur sedikit :) sukaaaa tapi sikit tak sukaaaa.

And terima kasih sangat sebab rela hati menjadi penganti dia. Saya tak main kan awak kan ? Awak yang rela hati, saya dah bagi tahu awal-awal dah ye apa yang patut, tapi awak nak juga bawa saya meronda-ronda naik kapal selam, HAHA so apa boleh saya buat ? Follow the flow jea lah. Tapi boleh tahan, saya gembira sikit dengan kerelaan hati awak okay. Thank you Thank you :D

Kawan-kawan sekerja dah rancang nak berhenti kerja mengejut macam-macam tuh. Tak sukalah. Aku nak semua berhenti sebab tak tahan. Bukan sebab some staf tuh. Ye, aku tahu lah dia orang macam pu*i tapi jangan sebab mereka, kau kau dan kau nak tinggalkan aku. Cuba tahan sikit jea lagi untuk aku. Haa nanti aku rindu lah. Aku nak kita berhenti sama-sama. Pegang jea cek tuh, esok kita tayah datang ramai-ramai. Boleh tak ? And sangat tak suka dapat mesej Ara semalam. Aku dah lah tengah tak sihat apa semua. Boleh kau hantar mesej sedih macam tuh ? Memang mengalir sikit lah airmata aku. Heshh, and ye, aku janji. Bla bla bla, papehal, datang kerja hari jumaat. Wajib !

Lastly, untuk pengetahuan umum, saya dah buat akaun maybank :) dan dalam bank tuh ada sikit ayah saya letak, HAHA :D sukaaaa sangat. Terima kasih ayah. Yeay yeay !

*Happy belated birthday Putri :) May Allah bless you. Dah besar panjang dah kak long kita nie. HAHA jaga diri tau, jgn lupa diri. Jaga mak ayah tuh. Buat yang terbaik untuk keluarga tau. Cinta kak E sayaaaaa, yeah ! I love youuuu, muah muahs !

*Bintang, nak countdown, boleh tak ? :)

Sedih, Huda.

Monday, January 18, 2010

Terserlah kejujuran hati, terungkap kata cinta.

Yeah, :)

Macam mana nak mula eh ? Hm okayokay.

Semenjak tiga menjak ni, macam-macam perkara berlaku tanpa diduga, tak nak cerita lebih-lebih sebab tak nak jawab banyak soalan itu ini dan tak rasa nak cerita. Tapi terasa hati, main perasaan, kecewa sedih gembira kelakar apa semua lah, semua ada sejak akhir-akhir ni. Haihh terasa nak pergi vacation lah, nak ketenangan. Tapi nak pergi dengan orang tersayang. Boleh tak ?

Sejak dia mula belajar ni, dah tak ada mesej tanya, 'hoii, tak rasa kaki gatal ke ? jom jenjalan HAHAH :D'. Hm sedih sikit, tak banyak tapi sikit. Kalau mesej tak pernah berubah, nak ajak keluar je mesti macam tuh, gila punya budak. Miss youlah. Haihh, Rindu dengan my girls. Kalau ada masa lebih sikit, on the phone lah juga. Hee lepas rindu sikit je pun. Rasa macam dah lama tak gedik dengan Ja Ena Era Ice Yana Tiena Tiqah. Adoii penat nak rindu. Jumpa ayuh ?

Cuba bayangkan kalau kita dah buat benda tuh hampir tiap hari tiap saat tiap detik, t'tbe tak buat untuk tiga hari, ada rasa macam haihh sedih sangat tak ? Seriuslah kan, saya selalu buat benda tuh dengan dia, bukan benda terkutuk okay. Fikir nak kotor je, bla bla bla. Tapi bila macam-macam ni, nak redho pun tak guna. Hm macam dadah ouh. Saya tak pernah nak kira berapa hari itu ini lah tapi kali ni macam entahlah, tergerak hati je. Saya tak tahu lah apa yang dia tengah fikir. Hm boleh tak jangan macam ni wahai awak ? Hm tapelah tapelah, serius tak paksa or bla bla bla. Saya just ikut je mana-mana. Hee :'( Bila macam-macam ni, t'tbe dapat surat dari kawan tercinta tersayang, ye, hanya kawan baik. Macam tak sangka dia boleh kata,

... **** yang saya kenal,
  • Seorang yang berani.
  • Kuat dengan prinsip hidup.
  • Tidak mudah putus asa.
  • Sentiasa menggembirakan.
  • Penyayang.
  • Good Friend.
  • Penyabar.
  • Penenang.
  • Pelengkap hidup.
  • Penghibur.

Tidak terungkap kata-kata kerana engkaulah sahabatku. Jangan mudah putus asa ! ...

Serius menangis teresak-esak semalam. Main gila lah puji sampai macam ni. Thanks for everything. Serius eh, kalau awak lupa saya, sikit saya tak nak jejak rumah awak lagi. Kita ada janji kan ? Yeah, I love you so much.

Haihh, dah lah kan. Penat ni. Next post, next story :)

*Esok birthday Syafiqah jeli, HAHAH :D Happy birthday girl, biarlah nak wish awal pun tau. And and may GOD bless you. I love you. Yeah !

*Bintang, RIN-DU.

Kenyit mata, Huda. HAHAH

Saturday, January 16, 2010

Perit rasa hati,

Heii,

Nak gebang sikit, boleh tak ? HEHE hari rabu maybe saya bukak akaun maybank, yeah :D Saya sangatlah tak sabar menanti hari tersebut. Ayah dah lama ajak bukak akaun tapi tak ada masa, harap sangat rabu nie ada masa, yeay yeay, biar lah jakun sekali pun, saya gembira, awak pun kena lah gembira sama, hee :)

Then, saya dah nak berhenti kerja, adalah dalam sepuluh lebih sebab kenapa saya nak berhenti. Salah satunya, saya nak kembali kan keadaan badan saya menjadi asal :) Ngee nak rehat banyak-banyak tapi mungkin bulan dua juga lah saya berhenti :D Saya tunggu jea manager pecat saya tapi entah apa sampai dah tunggang terbalik kedai dia saya buat, buang segala iklan dia, layan pelanggan macam apa jea, malas buat itu ini tapi tetap tak nak pecat saya, haihh saya teringin juga rasa kena pecat. HAHA suka hati lah pun, saya nak ada banyak pengalaman. Yeah :)

Oh dah hampir separuh kawan saya melanjutkan pelajaran ke sana ke sini ke situ. Haihh tak tahu nak kata apa tapi ada yang pergi sampai tak nak bagi tahu lah, ada yang pergi senyap-senyap lah, ada dah start belajar baru nak bagi tahu lah, adoii sedih tahu tak kena tinggal macam tuh ? Hm Ewan pula dah mula belajar dekat sana tuh, itu pun tak bagi tahu saya. Sakit hati betul, patutlah hari tuh paksa saya keluar juga, ugut macam-macam. Bila last tuh, cakap jaga diri lah, makan minum jagalah, belajar dulu lah, kerja elok-elok lah, punya lah banyak nasihat. Ingat kan buang tebiat. Yelah, bila tanya cakap saja-saja nak cakap lah apa lah, muka tak bersalah jea. Tahu-tahu esok dapat mesej, nak pergi sana dah, yes terbaik gila cara awak tinggalkan saya, kan ? HA-HA tak kelakar okay, tengah merajuk ni. HEHE nasib sempat nak on the phone. Gila lah weh, siapa nak bawa jejalan lagi ? Hm btw, study elok-elok eh. Ingat tau apa saya pernah cakap dekat awak. Kalau ada jodoh tak ke mana weh, HAHAHA tade lah, kita bestfriend forever kan ? Ever and ever, kan ? Saya tahu. Hee dan awak, lupa nak cakap, kat sana jangan ada bestfriend yang baru eh, saya jeles :p Ngee, balik sini bagi tahu awal, jangan dah dekat depan rumah baru nak bagi tahu, memang saya baling asid dekat awak, Ngee And serius tau :) Saya tunai janji dan awak peganglah janji saya, percaya jea kat saya, lega tak saya jawab soalan awak ? Hee IMY :D and kawan-kawan yang lain uh, elok-elok tau bawa diri. Belajar dulu papehal, jangan main-main, nanti susah dapat kerja. Susah belanja aku. Faham tak ? :D And doakan aku berjaya. Ada peluang, kita jumpa, okay sayang-sayang ? Haih, rindunya.

Then, Tiena weh, asal tiap kali aku baca post baru kau, aku macam nak mengalir airmata eh ? Haih, terharu gila :') Kau nie, bila dah jauh lah baru nak tunjuk yang kau hargai aku sangat-sangat kan ? Haaa aku jumpa kau nanti, aku pelukk kau kuat-kuat, hee :D Sayang kauu weh. And kau jangan nak sedih sangat tau. Walaupun kita jauh, kau tetap diingati sebab kau berada dihati. Okay, rasa macam tak perlu nak jiwang, kan ? HAHAHA tapi weh, thanks for everthing. Macam-macam memori kau ingat balik kan ? HAHA tak rasa nak cerita pasal Arab ke ? Ngee weh angah, belanja topup, rm5 jea, dah lama kau tak belanja aku topup kan ? Rindu. LALALA :D tadelah, take care tau. ILY IMY :)

Then, saya takutlah dengan dia tuh. Saya tahu awak-awak tak kenal tapi Nadia kenal. Serius main perasaan oh. Saya ingat kita kawan jea. Tak sangka yang awak nak lebih-lebih. Saya tak nak lah terikat dengan hubungan hati berpaut hati. Saya malas nak melayan sekarang ni sebab ramai kawan-kawan saya termasuk Z kata kita enjoy dulu habis-habis, then baru mula hubungan sedemikian. Hee saya tengah nak enjoylah nie. Tapi entahlah. Hm Z, bantu saya ? HAHAHA boring betul lah nak fikir perasaan orang, kan Z kan ? Tengok kita, relax semacam jea. Tade pape pun tapi kita kenal satu sama lain. Hee saya suka keadaan macam nie. Yeay yeay :D kejap, saya nak baju warna hijau yang saya tunjuk hari tuh, belikan, boleh ? Please. Bila saya ada duit, saya bayar balik. Ngee :D

Saya rindu dengan Nurul && Faiz lah, pasangan sehati berdansa nie memang, kalau hilang, hilang terus jea, ada je yang kena tumbuk laju-laju kang. HAHA wehh korg, janganlah hilang macam tuh jea. Aku tahu Faiz skang jadi player Malaysia kan, Nurul nak ambil SPM kan tahun nie. Padan muka lah weh, ejek aku lagi. HEHE tapi kan weh, korg tahu tak aku buat apa skang ? Haa, contact lah aku, jumpa lah aku, jenguk lah aku, belanja lah aku. Adoii problematic betul. Tape lah tapelah, yang penting, jaga diri elok-elok. IMY.

Okaylah, saya rasa penat teramat penat. Saya mahu mandi walaupun sudah mandi sebab saya nak dalam keadaan segar sentiasa :)

*Tak sabar nak hari isnin minggu terakhir weh :) Biarlah lambat lagi pun, hati dah melonjak melompat mengesot kegirangan menanti hari tersebut :) I love you so much, I miss you ouhh, dah sampai demam demam dah haa, :D And I need you :D

Mengantuk, Huda.

Tuesday, January 12, 2010

Rawatan pada diri.

Haii,

Fuhh, dah genap seminggu sehari saya bertungkus lumus mengkayakan kedai tempat saya berkerja, serius penat gilaaaa -,- okay, padan muka saya, siapa suruh kerja, HAHA what-ever :p Ditambah lagi dengan over time, peh lutut lemak tulang belakang serta tulang rusuk semua dah jatuh ke lantai, yeahh penat sangat. Tapi biarlah, saya kan macam tak sabar yang saya nak buka akaun public bank nanti sebab nak masuk gaji senang :) *keningkening, HA-HA.

Next story,

Saya sudah fikir masak-masak, saya tak naklah dengan kekasih gelap saya sebab saya rasa dia suka kawan saya walaupun dia cakap dia punya hati boleh sakit kalau tak jumpa saya, euww bila lelaki mengatur bicara, kelakar sangat. HA-HA sekarang pun bila dia makan ke buat apa ke, sikit saya tak layan, biarlah. Tak perlulah nak dapatkan saya semata-mata nak berpeluang untuk ambil hati kawan saya, yaAllah, jiwang gila. HAHA saya tak nak terikat dengan bicara manisan yang diaturkan oleh lelaki ye sekarang, saya macam tak ada masa je nak melayan semua yang entah macam apa je, hee so now, no A no couple. Couple ke ? HA-HA yeah, kenapa awak senyum suka haa Z ? :D ILY, tettt.

Sekarang kan, saya rasa macam akan ada something bad berlaku. Saya dapat agak tapi saya macam penat je nak melayan tapi kalau saya tak fikir or buat bodoh je, saya sendiri akan menyesal menangis meraung mungkin. Saya rasa saya perlu bagi tahu dekat orang-orang tertentu tapi bila saya fikir balik, kalau saya bagi tahu, mereka semua hanya akan mengikut alur perubahan sahaja seperti menterukan lagi keadaan. Jadi bertindak sendirian kan senang cuma masalah sekarang saya tak ada masa lah nak mengubah jadi asal balik walaupun saya ada banyak idea. Haihh apa perlu saya buat eh sekarang ? Yeaa, no answer i know.

Hm Gemok's, mana semua weh ? Rindulah. Nak mati aku tau bila semua buat hal masing-masing. Okayokay, aku pun sama je kan. HAHA Korg korg, kalau kita kumpul nanti kan, aku nak confess something tau, serius :) Aku dah lama simpan benda nie tapi aku rasa baik aku confess sekarang sebab lagi lama aku simpan, lagi korg meradang kat aku. HAHA haa haa jangan agak apa-apa lagi lah, relax babe. Nanti aku gtau tau and sayang-sayang semua. Jaga diri elok-elok tau, aku memang kurang masa sikit nak menelifon atau memesej korg semua tapi aku fikir eh pasal korg, korg tahu kan aku macam mana ? ILYSM. And Putri Tiqah Eiya Ena Nad Ice, kerja elok-elok tau, dapat gaji share tau HAHA. Era, mana kau haa ? mesej lah aku, aku segan nak mesej kau tapi rindu HAHA tak kelakar lah. Jeeha, jaga adik-adik dekat rumah tuh elok-elok tau, yeay jangan buncit sangat ye AHHA. Yana, cepatlah dapat lesen P, bawa aku jejalan pula, HAHA :D The last one, Tiena, aku rindu kau. Ye, rindu tapi aku tak ada masa nak balas mesej kau nak mesej kau nak call kau nak chat dengan kau nak apa-apa lah. Tapi aku rindu, macam mana tuh ? HAHA, aku sayang kau, kalau kau pergi umrah ke apa ke, doakan aku berjaya didunia dan akhirat tau and btw aku sayang yang lain juga tau, HAHA and nnt kita buat BBQ lagi tau, dari pagi smpai pagi esok nya okay ? yeah :D Aku sayang rindu cinta kasih perlu Gemok's tau. Serius, korg jiwa aku, kalau korg tade aku macam mana ? haa jiwa aku berterbangan di udara tanpa arah tau, hee aku serius lah, biarlah ayat sastera pun, sepak nak ? HAHA and jangan sesekali cakap yang kita dah makin jauh or bla bla bla, mulut masin padan muka, sorg sorg aku terajang laju-laju. HAHA dah, kita ingat satu sama lain sudah lah tau :D

Aduhh, kenapa macam sweet comel sangat eh aku cakap-cakap macam nie ? HAHA biar jelah.

*Bintang, rindulah. And I love you. You know who you are, i want you :) suka hatilah nak kata apa pun :p


Rindu, Huda.

Thursday, January 7, 2010

Kan ku nanti suaramu,

HELLO,

Miss me ? HAHA tahuu :p

Aku dah mula kerja sekarang, dekat mana kerja apa gaji berapa dengan siapa apa-apa semua, semua aku tak nak bagitahu tapi aku dah kerja. Jadi memang tersangat maaflah ye sesiapa yang mesej aku call aku mms aku 3g aku apa semualah tapi tak berbalas, aku penat and and mmg tak pegang phone kalau tengah kerja macam sesetengah orang tuh. Hee terasa lah ? :p Kalau aku balas-balas tu pun macam nasiblah or anda adalah orang yang terpilih untuk saya layan. HAHA.

Hee mak mak mak, Huda tahu mak baca blog Huda, nie mak, Huda nak gtau nie, Huda penat tau semalam, tuh yang tak borak dengan mak even balik kerja awal tau, lgpn macam terasa nak tgk tv jea semalam and malas nak bukak mulut sangat tapi tape, nnt kalau Huda rajin, kita borak tau <3

Weh, saya kan kan ada kekasih gelap, HA-HA comel, sangat suka tengok dia senyum dan dan bila dia nak makan jea mesti dia ajak saya, hee suka jea, tiap kali pandang mesti die senyum dengan senyuman yang mmg paling lebar lah i think :) sukaaa tengok, tatau tatau, tapi sangat menawan lah dan saya tak rasa nak gtau sepenuhnya lagi pasal dia sebab masih baru cuma nama dia mula dengan huruf A, again HAHA :p A yang lama saya dah tak nak lah, saya nak A yang baru, boleh tak wahai Z ? Ngee biarlah nak tukar-tukar pun, A yang lama pun dia dah ada yang punya, malaslah, boring-boring, tak nak jadi perampas. And Z, bengang tak tak saya ada A baru ? HA-HA main perasaan betul kan saya nie ? Biarlah. Btw, IstiilLOVEYOUmorethanother <3

Setelah bermulanya sekolah, saya diamanahkan untuk menghantar si Aus yang kacak itu ke sekolah, kacak sgtlah ? tlg lah. Okayokay, hari-hari rutin saya skg macam ni,
  • Bangun tidur, mandi apa bagai.
  • Hantar budak kacak pergi sekolah.
  • Makan /tidur /jumpa kawan /kemas rumah.
  • Tidur /jog /tgk tv.
  • Pergi kerja.
  • Balik kerja.
  • Rehat.
  • Tidur.

Bla bla bla pasal rutin. Ngee eh Ewan tersayang, sayang ke ? HAHAH maaf ye kerana tidak mengikut protokol harian, HAHA okayokay, senang ceritalah, sorrylah asyik tak jadi pg jalan-jalan sama-sama tau, nak merajuk merajuk lah, tak kisah pun. Nak juga tengok berapa lama tahan nak merajuk ;) Joke joke. Sorry tau, lain kali kot. Macam nie lah, simpan dulu duit awak banyak-banyak, lepas tuh, bila selera makan saya menjadi-jadi, kita keluar jalan-jalan makan-makan sama-sama, okay kan idea saya ? Tahuu. Dah, tayah mengada nak merajuk. Senyumm sikit sebab perenggan nie untuk awak jea tau, haa senyummmm cepat senyummm :)

Oh yeah, nak merepek sikit, boleh ?

Hm saya teramat sedih bila mengenangkan orang yang saya sayang kan kan macam tak kisah pasal perasaan saya. Okaylah, maybe life dia. Tak kisah. Hm Kenapa dia tak nampak yang saya bersungguh-sungguh nak dia ada untuk saya tiap hari eh ? Hm saya baru baca satu statement dia yang dia memang perlukan orang lain dalam hidup dia baru dia rasa gembira apa semua, huhh susah nak cakap bila hati dah remuk macam ni. Saya tak kisah pun kalau dia tak perlukan saya. Saya terima je. Saya boleh undur diri. Ye, saya terasa sangat. Saya tak nak jadi barang pengganti. Saya nak jadi barang penggenap. Biarlah nak jadi tamak sekali pun. Hm cuba bayangkan, bila kita dah berusaha sangat-sangat untuk meyakinkan dia yang kita ada untuk dia walau macam mana pun tapi sebenarnya dalam hati dia, dia perlukan orang lain :'( Saya macam serius tak sangka. Saya rasa hati saya macam di siat-siat dengan kapak berduri. Biarlah nak kata apa sekali pun. Saya tengah sedih. Saya sayang dia. Saya tahu dia sayang saya juga. Tapi entahlah, saya boleh redho kalau dia lepaskan saya kalau dia nak jaga hati saya. Saya dah tak larat sangat dah. Saya tak larat nak terasa, dah tak larat nak sedih, tak larat nak itu ini. Yelah, saya tahu, kalau sayang sangat pun, makan diri sendiri. Tapi tak tahu tak tahu. Hm saya tak tahu dah nak kata apa. Saya hilang kata-kata. Saya sedih sangat. Sebelum saya menangis, baik saya berhenti :'( Hm kalau lah saya mampu nyatakan apa yang saya terasa hati sangat dengan awak bila depan-depan, kan bagus. Hm saya sayang rindu perlu awak, saya tak rasa yang saya mampu jujur untuk kebahagian saya. Saya macam nie je, apa-apa yang jadi, asal awak gembira. Saya pun gembira. Dan saya rasa baik saya simpan seorang diri, melayan perasaan, bergenang airmata bersendirian. Heshh sedih sangat dah nie. Dah rasa macam loser sgt dah, HA-HA.

Okay, selesai merepek.

Eh eh, tak tidur lagi nie, nak tidur lah, yeay !

*Happy belated birthday Izmer, may God bless you ! (060110)

Tidur, Huda.

Saturday, January 2, 2010

Tak kenal maka tak cinta.

Assalammualaikum,

Oh yeaa, sebelum apa-apa lah kan, kenyataan pada tajuk itu adalah lumrah kehidupan ye. Disini saya ingin merakam kan kata tahniah kepada mereka yang mula mengenali diri saya yang sebenar. Terima kasih banyak. Sehubungan dengan itu, penyataan lain seperti 'Cinta tak kenal usia' juga adalah suatu kenyataan biasa pada era zaman globalisasi yang dihujani dengan kata sepakat dari orang seumpamanya. HA-HA-HA sangat berkias.

Tettttttttttttttt :p

Hee okayokay, hari ni hari terakhir abang ada dekat rumah sebab dia dah nak balik U, so secara tak langsung, hari ni hari terakhir jugalah saya pegang laptop dia, hee lepas ni, mesti malas nak online sangat oh, adeh -,-

Saya ada berbincang dengan mak dan abang saya semalam pasal benda tuh, hee mak dan abang sangatlah baik, haha suka lah ? bincang-bincang, dapat keputusan hari ni dan yes, terima kasih ayah sebab macam faham juga keinginan anak dia :D Btw, sayang mak-ayah abang kakak adik saya <3

Esok hari ahad, saya kena panggil nak interview dekat satu tempat makan ni, saya nak kerja dekat situ, harap sangat dapat, saya memang memerlukan duit dan pengalaman, doakan saya ye :)

Hee lagi dua hari nak sekolah dah, kalau dulu memang dah sibuk-sibuk cuba semua pakaian sekolah, yang tak boleh bla nya, siap ada pakaian dalam baru untuk sekolah, memang cuba-cuba lah, ajak kakak abang adik cuba, berlakon macam dalam kelas, wah, RIN-DU :) sekarang ni sekadar tengok adik jea pakai baju sekolah apa semua, ingat nak pinjam baju seluar dia tapi tak muat, kenapa eh ? HAHAHAH biol biol :p

Saya nak buat card maybank lah, bantu please ? Oh yeah, bila mak-ayah kerja, abang kakak dah dekat U, Aus dah sekolah, saya kena jaga rumah, kena duduk rumah senyap-senyap, kena selesaikan hal baju-baju, kena sapu itu ini, haihh part-time bibik, bla bla bla :D

Saya cadang nak mula jog lah pagi-pagi nanti, nak kurus sangat-sangat, tak kisah lah macam mayat hidup sekali pun, saya dah tekad nekad, support je apa saya buat dan saya akan rasa gembira. Terima kasih.

And,
Gemok's, nanti semua dah berhenti kerja, kita lepaking tau. I miss you all :)
Tiena, aku rindu kau, aku sayang kau.
Bintang, jangan main gila tau, ngeee janji tau tau yang itu ini, I love you :)
Tasya, rindu rindu rindu. Kak Alia, rindu rindu rindu.
Hafiz, sangat rindu dan sayang kau. Faiz & Nurul, haihh mana korg ? Ewan, bila nak jalan-jalan lagi ?
A and Z, HA-HA fine fine, I love you more Z and I can wait lah A, :p

Bye, huda.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru, 2010.

SELAMAT TAHUN BARU
2010


Hee, sebelum apa-apa kan kan, nak suruh halalkan dosa tahun lepas, boleh tak agak-agaknya ? HAHAH tak tahu lah dosa apa dah buat tapi rasa macam adalah KOT, yeay so minta maaf minta ampun ye semua :)

Tak nak bagi tahu azam tahun ni sebab tiap kali bagi tahu pasal berazam bla bla bla, mesti tak menjadi, HAHAH so i decide nak diam je lah, hooyeah ! Tapi macam tak tahan nak bagi tahu, hee nak bagi tahu satu je lah, boleh kan ? ngeee :)

  • Berazam nak jadi lebih tinggi dari orang-orang yang memang dah tinggi. Ah ! lantak lah dapat ke tak, haha tapi aku dah mula mencari cara-cara dan jamu-jamu untuk meninggikan diri, haha suka hati okay ? :p
Okayokay, bila fikir-fikir balik, dah 18tahun lah aku, adoi tak suka lah, tua tu weh, haiiyaaa, dan dan tahun ni ambil result SPM, argh cuak -,- cuma kan weh, macam tak sabar nak menunggu sesuatu tu genap setahun, genap tiga tahun, genap lima tahun dan genap tujuh tahun, yeay ! :)) gembira !

HAHAH yes yes, banyak pengalaman tahun 2009 weh, ada suka ada duka ada gembira ada sengsara tapi tak kisah lah, suka je pun :D saya memang suka perjalanan hidup saya yang penuh dengan pelbagai corak, yeah !

Tak nak cerita lebih-lebih lagi, cuma yes !
Jeeha, huruf awal dah mula buka bicara, haha tapi kan huruf akhir tu, pergh ! bahan habis, HAHAH :D tapi tapi, jeeha support je kan ? ye, agak kelakar cuma tak boleh buat apa tau, hehe :)

*Happy Birthday Pak Ngah, :) May GOD bless you, ILY !

Btw,
GOODBYE 2009
New year, huda.