Monday, January 18, 2010

Terserlah kejujuran hati, terungkap kata cinta.

Yeah, :)

Macam mana nak mula eh ? Hm okayokay.

Semenjak tiga menjak ni, macam-macam perkara berlaku tanpa diduga, tak nak cerita lebih-lebih sebab tak nak jawab banyak soalan itu ini dan tak rasa nak cerita. Tapi terasa hati, main perasaan, kecewa sedih gembira kelakar apa semua lah, semua ada sejak akhir-akhir ni. Haihh terasa nak pergi vacation lah, nak ketenangan. Tapi nak pergi dengan orang tersayang. Boleh tak ?

Sejak dia mula belajar ni, dah tak ada mesej tanya, 'hoii, tak rasa kaki gatal ke ? jom jenjalan HAHAH :D'. Hm sedih sikit, tak banyak tapi sikit. Kalau mesej tak pernah berubah, nak ajak keluar je mesti macam tuh, gila punya budak. Miss youlah. Haihh, Rindu dengan my girls. Kalau ada masa lebih sikit, on the phone lah juga. Hee lepas rindu sikit je pun. Rasa macam dah lama tak gedik dengan Ja Ena Era Ice Yana Tiena Tiqah. Adoii penat nak rindu. Jumpa ayuh ?

Cuba bayangkan kalau kita dah buat benda tuh hampir tiap hari tiap saat tiap detik, t'tbe tak buat untuk tiga hari, ada rasa macam haihh sedih sangat tak ? Seriuslah kan, saya selalu buat benda tuh dengan dia, bukan benda terkutuk okay. Fikir nak kotor je, bla bla bla. Tapi bila macam-macam ni, nak redho pun tak guna. Hm macam dadah ouh. Saya tak pernah nak kira berapa hari itu ini lah tapi kali ni macam entahlah, tergerak hati je. Saya tak tahu lah apa yang dia tengah fikir. Hm boleh tak jangan macam ni wahai awak ? Hm tapelah tapelah, serius tak paksa or bla bla bla. Saya just ikut je mana-mana. Hee :'( Bila macam-macam ni, t'tbe dapat surat dari kawan tercinta tersayang, ye, hanya kawan baik. Macam tak sangka dia boleh kata,

... **** yang saya kenal,
  • Seorang yang berani.
  • Kuat dengan prinsip hidup.
  • Tidak mudah putus asa.
  • Sentiasa menggembirakan.
  • Penyayang.
  • Good Friend.
  • Penyabar.
  • Penenang.
  • Pelengkap hidup.
  • Penghibur.

Tidak terungkap kata-kata kerana engkaulah sahabatku. Jangan mudah putus asa ! ...

Serius menangis teresak-esak semalam. Main gila lah puji sampai macam ni. Thanks for everything. Serius eh, kalau awak lupa saya, sikit saya tak nak jejak rumah awak lagi. Kita ada janji kan ? Yeah, I love you so much.

Haihh, dah lah kan. Penat ni. Next post, next story :)

*Esok birthday Syafiqah jeli, HAHAH :D Happy birthday girl, biarlah nak wish awal pun tau. And and may GOD bless you. I love you. Yeah !

*Bintang, RIN-DU.

Kenyit mata, Huda. HAHAH

No comments: