Sunday, February 28, 2010

I'm taken, HAHA.

Haiii :)

Haa haa, tengok title jea, excited kan kan. Sepak terajang kang, HAHA. Gemok's dah bengang lah tuh. Ngee. Only title maaa. Saja bikin panas sahaja. Bukan betul-betul pun yaw. Hee. Saya kan tak bersedia lagi nak taken-taken nie. Lgpn, saya kan dengar cakap mak. Hee. And saya masih tak perlukan bf utk gembira sebab saya ada sahabat-sahabat sejati.

Yeah, cakap pasal sahabat nie, terasa macam nak cerita fakta sendiri lah, boleh kan ? Hee let's reading. HA-HA. Before that, fakta yang anda akan baca ini hanyalah pengalaman saya sendiri kan pengalaman rakan-rakan sekitar saya. Jangan terasa hati atau cakap saya menyampaikan fakta palsu ya, ngee !

Okay, cakap pasal kawan. Semua kat dunia nie semua ada kawan. Siapa yang tak ada kawan ? Even syaitan pun ada kawan tau. Haa, tumbuhan haiwan apa bagai semua nya ada kawan. Tuhan maha adil :)

Kawan kawan kawan, hari-hari kita semuanya bermula dengan kawan. Waktu kita masuk sekolah dulu, kita cari apa mula-mula ? Kawan kan. Waktu kita pg mana-mana, kita cari apa dulu ? Kawan. Waktu kita membesar, kita bersama ? Kawan. Haaa, dah terbukti yang kawan amat diperlukan sepanjang hidup kita sebab kawan yang baik dan rapat akan dianggap sebagai keluarga kita. Percayalah, keluarga kita sendiri pun kita boleh anggap mereka sebagai kawan cuma jangan melampau yaw. Ngee, macam ustazah rock lah pulak, adoi.

Kawan. Hm, setiap dari kita ada kawan baik kawan jahat kawan rapat dan kawan-kawan. Saya boleh bet lah yang setiap orang ada kawan rapat sendiri dan geng sendiri. Haa, sebab saya sendiri macam tuh, hee. Cuma tu lah, bila membesar apa semua, semua makin ikut hala tuju sendiri. Yang kekal bersama tuh, okay lah. Yang pergi entah ke mana tuh, haihh tak tahu nak cakap macam mana. Bila kawan dulu, macam-macam janji macam-macam rancang tapi hakikatnya bila membesar semua ada haluan sendiri. Ini main hati dan perasaan, nak cerita lebih-lebih pun, diri sendiri boleh terasa, HA-HA.

Itu okay lah lagi kot. Cuba fikir pula kalau kawan tuh fall in love with sesiapa lah kan and and lastly couple. Haa, cerita pasal nie memang boleh makan dalam. Jujurnya, tak kisah pun kalau kawan kita nak couple atau yang sewaktu dengannya, serius tak kisah sbb normal what. Tapi yang menjadi kisah nya, apa cerita tentang geng semua diceritakan pada bf tuh. Tak rasa ke yang kisah geng adalah private ? Haa. Oakylah, tapelah yang tuh. Tapi ada juga sebab bf, sanggup keluar dari geng. Sanggup tak kawan dengan sesiapa. Sanggup tak itu ini apa semua sebab ada bf. Tak masuk akal okay. Fikir panjang lah, bf tuh bertahan ke sampai ke jinjang pelamin ? No lahh. Saya berani jamin lah. Apa-apa lah yang terjadi pun, kawan tetap cari kawan. See ehh, bila kita frust dgn bf kita, bila bf kita ckp psl perempuan lain ke, bila bf kita tak layan kita sehari ke, bila bf kita itu ini dengan kita ke, kita cari siapa utk release ? Kawan kan. And apa-apa hal, terima kasih KAWAN. Dan janganlah kata yang bf kita tuh everthing bagi kita sebab if btl btl everything adalah keluarga, sahabat dan suami kita. Saya serius macam apa jea kalau nak kata bf tuh everything. Bukan nya tak boleh hidup tanpa dia. Selama nie okay jea, kan. See lahh, jangan sebab bf, kita hanyut entah ke mana. Dan jangan jatuhkan maruah kita dekat bf kita dan yang dipersalahkan, kawan. Salah pilih kawan lah salah cara kawan lah, and apa-apa hal, ibubapa mesti cari kawan. Fikir panjang ye.

Okay lah, bf bf tuh lain cerita, nie cerita lain lah. Bila kawan kita ada kawan baru yang lain. Macam nie lah kan. Tak kisah kalau nak berkawan. Tak kisah kalau nak berlawan pun, HA-HA. Tapi jangan sampai kawan yang kita dah kawan lagi lama tuh diabaikan dan dipinggirkan. Sangatlah sakit hati dan sangat mendukacita kalau benda itu terjadi. Lagi satu, janganlah kata dekat kawan lama kita tuh yang kita suka lah kawan dengan dia. Kita suka lah bincang ke minta pendapat ke apa ke dengan dia. Serius boleh buat kawan lama kita tuh terasa dan mungkin akan mengambil langkah untuk tidak dekat dengan kita lagi. Nak bet ? Boleh. Haa, dan jangan sesekali percaya kawan yang baru itu lebih dari kawan yang lama. Makan diri weh. Oh yeah, only pengalaman saya yeah. HAHA.

Okay lah, ignore pasal yang atas. HAHA. Sekarang ni, saya lihat banyak sangat kes kawan makan kawan. Sedap sangat ke sampai nak makan kawan ? Dah tade makanan lain what ? HAHA. Senang cerita lah, nampak baik depan kita. Belakang kita, YaAllah. Macam kurap ! Adoi. Masalah betul lah rasanya macam tuh. Ada tuh nak kawan ngan kita sebab rekod kita bersih dikalangan orang ramai. Then, nak kotorkan rekod kita dengan mengumpat itu ini dekat orang lain. MasyaAllah, dosa. Tapi ada tuh yang nak kawan ngan kita kalau kita ada kemudahan. Heshh, nie dah ramai sangat dah macam nie. Bila diperlukan tercari-cari, bila tak diperlukan tersepak-sepak. Kacang makan kulit betul, haa. Bila saya emosional sikit mesti melebih pelik-pelik peribahasa nya yaw. HA-HA. Kesian jea rasa bila ada kawan yang kena macam tuh dan sangat sadis kalau diri sendiri terkena. Haihh, saya tak tahu nak cakap macam mana dengan semua. Tapi beringat lah, what goes around comes around. Haa, orang yang baik akan dapat kawan yang baik dan sebaliknya. Berfikir panjang kalau nak buat sesuatu. Jangan nak berkawan dengan orang disebabkan orang itu banyak kelebihan. Kawan lah berdasarkan keikhlasan dan kekuatan cinta abadi. Ewah ! Ehh, ingat dgn kawan tak boleh bercinta ke ? Saya cinta kawan saya. Saya sedang bercinta dengan mereka semua sebab mereka-mereka sentiasa terima saya seadanya. Tak semestinya bercinta hanya pada seorang lelaki. Kita boleh bercinta dengan semua dan kita wajib mencintai-NYA. Cuma beringat sahaja lah. Jangan lebih sudah. Nabi tak mengaku umat. Oh yea, i'm normal okay, harap maklum, YEAY !

Hm kalau nak ikut kan banyak lagi yang ingin diperkatakan cuma entahlah, mungkin panjang lagi dan pelbagai pancaroba yang akan berlaku pada masa akan datang sebab itulah saya malas nak bagi banyak fakta KOT. Cuma saya amat bersyukur ada kawan-kawan yang sanggup bersusah-payah-payah-payah bersama. Ya, memang saya dah rasa pahit manis bersama mereka. Banyak pengalaman baru yang saya dapat apabila mereka ada disamping saya. Hee. Saya rasa, tak perlu kot nak jiwang karat kat sini. Hee. Mereka tahu siapa mereka sudah lah ye sayang :)

Cuma saya nak cakap yang, tak semestinya bila saya tak kongsi suka duka masin masam hidup saya dekat mereka, mereka bukan kawan sejati saya. Cuma saya memang suka kan privasi. Saya perlukan itu untuk saya jadi lebih kuat. Dan kawan-kawan yang dicintai, jangan fikir bila saya merahsiakan sesuatu dari anda, anda bukanlah orang yang tidak diperlukan dalam hidup saya. Faham kan ? Hee :)

Hee. Saya menyampaikan ini semua pun sebab result spm nak dekat dah. Bukan niat nak jatuhkan sesiapa atau buat sesiapa terguris. Cuma ianya sesuatu yang hendak dikongsi dan dinyatakan sahaja. Disamping itu, saya amat-amat-amat rindu rakan-rakan seperjuangan saya. Kita belajar sama-sama. Kita cipta pengalaman sama-sama. Kita makan sama-sama. Kita baca doa sama-sama. Haihh, rindulah. Walau apa pun result kita nanti kan kan, kita tetap berkawan sampai mati tau. Kalau korang dah berjaya sampai ke puncak, baling tali dan tarik saya ke atas tau and and tunggu senyap-senyap dekat atas tuh tau. Jangan mengada nak turun. Ngee :) Sayang weh !

Oh yeah lupa,
Angah, kite orang tunggu kau balik dulu lah baru kite orang pg jenjalan tuh. Jangan lah nak terasa sangat yaw. Macam budak kecik lah. HAHA. Lagipun, kawan yang baik akan tunggu kawan nya. Haa, and and, aku pun tanak pg memana selagi kau tak ada. Kita kena cukup forum. Dah dah, senyummmmmmm :)

And,
Saya suka lah dengan geng Gemok's. Hee. Memang serius lah dah macam-macam sangat kita tempuh bersama kan. Dulu waktu mula-mula dulu, kalau tersalah cakap, kisah sampai masam mencuka muka tuh tapi skg kalau tersalah cakap, boleh pulak jadikan benda tuh bahan lawak dan dan malas nak kisah dah kan kan. Even mencarut ke bahan lebih lebih ke ejek melampau ke, serius macam tak kisah dah. Heshh, suka ohh mcm nie. Baru lah adik-beradik sebenar wehhhhhh ! :D

Dannn bagi saya,
My family and my girls and my boys and my gemok's and my star and my nescafe and my irsyad and myself is my everything :) Cinta sangat tau ! Sayang sangat tau ! Rindu rindu rindu ! :D Need need need youu all ! Hooyeahh !

I LOVE YOU WITH ALL MY HEART
*Weh, countdown nak ambil result, boleh ? -,-
*Ewan, thanks ehh ehh ehh, yeay ! :p
Ohhh nieee,
Happy Belated Birthday kak Amy and and Ameer, 2602. May Allah bless youu ! Hee ILYSM ohh sister ! :D
Sahabat sejati, Huda
.

Thursday, February 25, 2010

Kebiasaan yang sering tiba.

Heaven :) Ngeeee !

Okay, first of all. Assalammualaikum :D

Kejappp, sebelum apa-apa. Nak sampaikan satu mesej kepada kawan karib saya yeaaa !

Angahh, thanks yaww ! Sayang kauu lebih juga. Sama taraf dengan Yana lah. Yeay ! Aku baru jumpa blog kau btw. Ngee :) Siapa suruh tak tgal link. Ahha. And angah, if kau nak number pin politeknik punya. Gtau lahh tauu. RM6 jeaa yaww. Ngeee :) IMY yaww !
------------------------------------------------------------------------------

Hee saya tak nak cerita apa sangat sekarang cuma nak gtau tiga empat benda sahaja. Yeah !

  1. Saya dah isi borang matrik, upu dan politeknik :) Saya apply jea semua. Dapat tak dapat cerita kedua. Hee. And mungkin lepas result saya nak isi satu lagi borang tuh tapi tak nak gtau sesiapa. Haa haa, main perasaan nie :p
  2. Saya dah beli baju hijau tuhhhhhhhhhh, yeayyyyyyyyyyyyyyyy ! Dah lama sangat nak baju tuh. Simple jeaaaa pun act yeah :D Btw, saya beli selendang jugaa, serius menarik ! Fesyen baru saya akan datang, mari ke genting bersama yaww !
  3. Saya dah jumpa rakan-rakan lama. Rindu dah terlerai. Ngee :) Btw, syg korg ohhh !
  4. Taufiq pnye calleringtone macam bongok ohhh. HAHA. Bayangkan lahh, dengan tgh pnt letih nyaa, sje jea nak call old classmate. Then keluar laguu, jongang jongang jongang, oh ! Halimah jongang, jongang jongang jongang, oh ! Halimah gigi jongangggggg :D Kau niee gilaa lahh. Tergelak berdekah-dekah akuu tahu tak ? Ngee :)

------------------------------------------------------------------------------------

Finally :)

Awakk ! Serius gembira, number saya ohhh. Haha. Suka hati okay. Hee. Awak awak awak, terima kasih tau untuk semua-semua yang awak dah buat kat kita. Nenek kita kata kan, kalau kita terus sayang awak, awak mesti sayang kita juga. Yeay ! Kita gembira tau awak ada jea dengan kita sebab kita rasa kan kan macam yeay yeay, lengkapppppp :) Sayang ohh dekat awakk dan dan makin makin rinduuuu. Rinduu bnyak bnyak macam berkilo kilo meter nak pg ke bintang dekat langit tuh :D Hee. Awak awak awak, macam mana pun awak kan kan dan macam mana saya pun kan kan, awak kena tahu yang sayang tak pernah tak sayang awak tauu. OH ! saya tahuu, sweet :p Ngee. Btw, I love youuu more than infinity :D I miss youuu yawww ! And i can't say in words on how glad i am. Honestly, saya teramat bangga. Hooyeahhhh !

*Saya otw nak buat facebook. Rakan-rakan banyakkan bersabar yeaa. Hee.

Tik tok ! , Huda.

Tuesday, February 23, 2010

Think too much.

Wehhuiiii :)

Boleh tak mahu berfalsafah sebentar ? Ngee :D Tapelah, tak nak lah. Haha. Tengah tak betul nie. Otak bercelaru. Adoi.

Baru-baru ni dapat mesej dari seorang hamba Allah tuh kata result spm dihantar ke jpn 2802 dan akan diagih-agihkan kepada tuan-tuan punya keputusan pada 1603, huhh. Tak tahu nak kata apa cuma sekarang macam solat melebih-lebih pulak. Siap bangun tengah malam buat solat hajat itu ini. Haha. Nie lah manusia, bila dah nak dekat-dekat macam tuh lah baru nak ingat DIA, adoi. Rasa berdosa jea. Hm, ignore it.

Saya tahu yang saya dah buat yang terbaik cuma untuk seteng subjek macam saya jawab main-main jea. TAK TAHU ! hm, cuak lahh. Macam mana eh kalau tak okay ? Mesti ibubapa saya kecewa, kan ? HUDA HUDA, waktu tengah buat tuh tak fikir panjang. Dah macam nie baru nak fikir lebih-lebih, argh. SE-RA-BUT :(

Sejak dapat tahu benda nie, segala bagai aktiviti yang saya buat semua serba serbi tak kena. Saya rasa macam saya hilang arah tuju. Saya tak dapat kawal keadaan diri saya. Ada jea benda tak kena. Saya geram lah. Kalau gembira pun, mesti sekejap, lepas tuh ingat kembali. Mula lah rasa tak sedap hati. Sekarang ni kalau nak bercakap pun macam tak tahu apa yang sendiri cakap. HAA, tahap maksimum dah cuak nya tuh. Saya rasa saya sangat hipokrit sekarang, pura-pura gembira dan pura-pura okay tapi kebenarannya haiihhh tuhan jea yang tahu. Saya tak boleh lah kalau bab belajar nie. Banyak saingan lah. Bukan takut kalah tapi takut hilang. Bla bla bla.

Benda ni kalau nak redho pun macam tak jadi nak redho tau sebab sangat-sangat berharap dapat yang terbaik sebab dah buat sehabis boleh. Hm, tapi entah. Terpulang lah. Satu jea sekarang nie, kalau result saya macam mana pun, saya nak pastikan saya tak mengecewakan keluarga saya. Huhhhh, dah lahh. Malas nak bicara pasal nie. Cakap pasal benda nie jea, mulalah perut berasid, kepala pening, hati resah, jantung berdegup kencang, jiwa kacau. Haa, macam orang nak kahwin, HA-HA. Hm, tetap terfikir lahhhhhhhhhhhhhhhhhh -,-

------------------------------------------------------------------------
Ewannnnnnnnnn, saya betul-betul rindu awak. Serius ohh, dah lama tak ada orang bawa saya jalan-jalan naik kereta. Saya nak tunggu awak balik pun kena ambil masa kan. Hm, tak ada duit ke nak balik eh ? Nak saya bank in ? HAHAH. Saya rindulah sangatlah saat kita bersama :p Jiwang karat betul. Tapi weh, betullah. RIN-DU, hm.
Tapi macam macam mana pun. Saya tetap paling rindu gedik busuk tuh. Yang ni, even boleh nak jumpa hari-hari tapi tetap rindu nak mampus macam rindu yang boleh jadi gila. EN-TAH ! Hm, memang rindu. Saya pun tak tahu kenapa asyik rindu dan makin bertambah-tambah rindu. Tapi ya, memang rindu. AWAK ! RINDU GILA, tau ? :( Heshhh.
*And saya rasa, saya nak sayang Yana lebih lah sebab hee, Yana puji akuu dalam blog dia. HAHA. Rasa macam, kenapa Yana ? Nak apa nie dengan aku, haa ? HAHAH
*Saya sakit perut weh. Bye-bye :)
Adeh ! , Huda.

Saturday, February 20, 2010

Wherever I go..

Hyepp :D

Kehidupan yang statik dan stabil menjadikan diri lebih segar serta gembira bersama keluarga tercinta :)

Abang dan kakak semua sudah kembali pulang ke pangkalan masing-masing. Yeah, time to be matured. Ngeeee :D Saya serta adik saya sahaja akan memandang satu sama lain pada tiap hari dan ketika. Haha. It's okay :)

Okay, terasa macam nak jadi kerek gelabah sebentar, suka hati okay :p

--> Aku nak bagi amaran dekat kau eh, kau jangan dekat dengan dia walau sejengkal sekali pun. Aku tahu aku tak sebagus kau tapi biarlah aku tak kasi kau dekat dengan dia pun. So ? kau kena lah dengar cakap aku atau aku buat apa-apa yang tak sepatutnya dekat kau. Okayokay, aku bukan sesiapa nak ugut kau macam nie tapi dah memang kena macam nie, haa apa ? Yang penting, dia hak aku. Enough ehhh, aku tak nak gaduh dengan kau. Kau pun dah besar lebar. Jaga diri elok-elok.

Kembali pada asal, hee. Saya rasa kan, saya pelik lah dengan wanita, perempuan, girl, gegirl, girly, betina apa semua lahh pada zaman sekarang. Ya, pelik tapi hakikat. Hee. Saya bukan bagus sangat nak cakap pasal benda nie tau sebab saya sendiri perempuan sejati. Ngee. Tak suka puji diri :p Balik pada topik, perempuan zaman sekarang nie, bila couple ke apa ke mesti nak protect bf dia sehabis mungkin. Tak rasa benda tuh boleh makan diri sendiri ke ? Yelah, kita protect konon sayang nak mampus lah apa lah itu lah ini lah, sampai gaduh dengan perempuan lain. Ayat still sama, jangan kacau bf aku lah, jangan menggatal dengan dia lah, apa lahh. Serius, meluat.

Cuba fikir eh, kita jaga macam bf kita tuh, mcm dia future husband lah, bakal suami lah, bakal bapa pada anak kita lah. Euwww, tah apa-apa jea rasa. Serius saya cakap lah, saya tak pernah anggap ex-ex bf saya dulu, future itu ini waktu tengah bermadu kasih. Cukup sekadar pengalaman dan rasa dicintai oleh pihak lelaki. Bla bla bla. Perempuan sekarang, bila clash menangis meraung macam hilang anak. Padahal, bukan sesiapa pun. Boleh jea buat kawan atau teman rapat. Kan ?

Ada tuh sampai, tunjuk yang obsses sangat nak jantan. Adoii. Masalah tuh, kang kena main padan muka. Tak kisah lah tuh. Ada tuh, bila couple, ewah ewah ! sampai tak ingat dunia, tak ingat orang lain apa semua. Hidup dunia sendiri jea. Jaga pun hati bf sendiri jea. Yang lain diabaikan. Tup tup, bila si lelaki minta clash, terus menonggeng. Itu okay lagi, yang teruk nya, cakap yang dah tak ada sesiapa dekat dunia nie lah, rasa nak mati lah, rasa nak itu lah ini lah. Memang pun macam tuh, siapa suruh waktu couple lupa asal usul. Kan dah kena tulah. Whatever.

Saya memang tak nak lebih-lebih bab nie sebab saya rasa takut sedikit kot-kot saya boleh jadi macam nie. Tapi tetap ingt kata-kata mak tercinta. Umur untuk mencari dan bercinta sehabis serius adalah tutt. Sekarang masa untuk mengenali dunia luar dan mengekalkan apa yang ada serta pertahankan yang sedia ada. Saya anak emak :p

Tutup ceritaaaaaaaa, heee :) Saya cakap berdasarkan orang sekeliling dan dari perhatian saya sendiri. Saya tak tuju pada sesiapa. Niat saya tetiba cakap macam ni sebab saya rindu Ewan. Haha. Boleh tak macam tuh ? :p Biarlah nak rindu siapa pun. Tak rindu sangat pun cuma teringat. Ngeee. Bangga kann ? Tahuuuuuuuu !

Weh weh, nak cerita. Waktu sesi makan malam bersama orang-orang tersayang. Borak-borak satu topik, sampai lah satu topik. Ngee :)

Ayah, huda.

Abang, dah besar nanti jangan jadi anak tanggang. Nanti ayah sumpah abang.
Ayah, sumpah abang jadi myvi warna putih auto punya tau. Huda nak kereta. Hahaha.
Tak payah, ayah sumpah jadi mercedens jea, pastu jual. Kita beli dua myvi. Huda amek lah satu. Hahaha.
HAHAHAH

Hee :)) Kenapa lah ayah aku melayan aku macam-macam tuh. Serius rasa dihargai. Hahaha. Suka hati okay nak kata apa. Ngeeeeeee :D

Okaylahh. Oh yeaaa, ayah mak macam suruh cari kerja lain. Adoi. Kenapa eh ?

*Plkn, be honest pleaseeee ? HAHAHA
*Result spm keluar 15 doeee, ye er ? TAK NAK percaya lagi, boleh ? -,-

Haihh, Huda.

Terus berlari mengejar pelangi.

:)

Yeahhhhhh, cuti tahun baru cina dah habis. Budak-budak nak kena masuk sekolah balik, yeah ! :D Seronokkkkkkk, ngeeeee. Tak tahu apa yg seronok tapi macam seronok dalam erti kata lain. Macam penat lah nak bangun pagi hantar Aus tuhhhhhhhh, heshhh tapi tak kisah lahh, hehe :)

Saya tak nak cerita banyak sebab macam nak cerita dalam hati jea apa yang saya buat waktu cuti nie tapi tapi saya nak wish befday dekat kawan-kawan yang saya lupaaa nak wishhh :D Ngeee
.

Happy Birthday :)

Pak Ngah, 1/1. ILYSM !

Emer, 6/1. Heeee :D ILY lahh.

Hanis, 16/1.

Haziem, 17/1.

Syafiqah, 19/1. Yeayyy ! ILY jeliiiiii :D

Putri && Amsyar, 20/1. Cinta kak eeeeee :DD

Syamel, 23/1.

Kak eka, 25/1. Weeee :) ILY ohhh.

Haziq && Shahril, 27/1. Yeah !

Hana, 28/1. ILY !

Hanif, 7/2. Yeay !

Aus && Kak Shape, 8/2. ILYSM budak !

Faiz, 10/2. Gilaa, dah tua ? Hee :D

Paan, 13/2. Sayang abg saya, yeay !

Lynn, 17/2. ILY :D

May Allah bless you all :) Take care yeahh !

Btw..

Saya rindu akan rakan-rakan saya. Result spm sudah mahu keluar. Semua calon spm 2009 sudah buasir serta kuku berdarah. Heshhhhh cuakkk lahhhhh ! Ohhh lupaaa, plkn siri kedua juga sudah keluar suratt, erkk entahh entahh, no komen lagiiiii :p

*Awakkkkkk ! Thanks for everything tauuuuuu :) Awak buat juga apa yang kita paksa awak buat kan ? Kita sayang awak tau. Yeay ! And thanks sebab jadi itu ini untuk kita. Nanti kita belanja awak minum starbucks :p KIta serius nak belanja awak tauuu. Yeah ! And kita rasa sangat bertuah tauu sebab itu ini lahh. Hooyeahh ! :D I love youuuu !

*Aku nak belanja Yana mcd, nak belanja Tiena karaoke, nak beli hadiah bfday Putri && akan datang Tiakk. :) Yang lain, nanti yee, sorg satu teh ais :D Rindu !

Bang !, Huda.

Wednesday, February 17, 2010

Melangkah ke sana ke sini.

Hyep !

Aku penat, ngeee ! Semua tanya, penat buat apa ? Kenapa penat ? Asyik penat jea, kenapa ? Kau apa pun yg tak penat ? Penat jea, kenapanya ? Tak kerja pun penat, kan ? Bla bla bla, tapi jawapan tetap sama, TAK TAHU ! heshh :(

Tak nak cerita banyak cuma tengah nak bagitahu yang aku tengah fikir, bila nak bagi Aus hadiah befday dia tuh. Adoi. Aku bukan tak nak bagi tapi entahlah. Tapi mcm mcm mana pun, kak huda sayang Aus jugak tau, sangat ! :')

Aku suka lah guna laptop Syafiq :)) Ngee. Then, kenapa rasa macam makin bertambah sayang aku dekat Yana tuh eh ? Yeay ! And aku rasa macam nak beli bateri hp baru lah. Kak Amy suruh sgt sgt sebab takut bateri hp aku meletup. Hee. Risau lah ? Yelah kakak tercinta. Nanti tukar lah. Heshh, asyik nak risau lebih-lebih jea sejak akhir-akhir nie, kenapa ? :D ILYSM.

Weh, rindu :)


Ngee ! Muka lepas susun meja waktu nak spm. Rindu doe :D

Sekarang sibuk-sibuk dapat mesej dari rakan-rakan sekolah dulu kata,
Result keluar next week lah, result keluar 29hari bulan lah, result takan keluar lah, apa lah. Cuak tahu tak ? Haha. Waktu aku tengah okay, tade lah percaya. Nie waktu baru bangun tidur. Memang terus macam-macam aku fikir tau. Heshhhh :p

- Saya memang tak sedia nak amek lagi result spm ye :)

*Weh, jangan rapat sgt dgn org Perancis, HAHAH syg kauuuuuu ! Thanks :D

*I miss youu so much :( You know who you are. Hm. Ingat boleh nak macam-macam tuh bila cuti ni. Hm. But but still love you so much, always ! <3

Penat, Huda.

Tuesday, February 16, 2010

Take your time.

Hello :)

Terdetik rasa hati, nak open blog hari ni. Yeay :D Cadang-cadang nak open bila dah upgrade apa bagai dalam blog ni tapi macam sayang nak tukar background. HAHA. Nak jadi budak-budak sebab macam comel kan. HAHA. Biarlah nak kata apa ouh :p

Ohh lupaaaa,
Tahniah kat awak. Hee. Take care tau. Yeay. And sorry eh if apa-apa hari tuh. Maybe next time kita boleh borak tau. YEAH !

Heee hari tuh jumpa boyfriend yang umur nak masuk empat tahun tuh. Ngee. Makin comel doe. Tak kisah lah tapi nak cerita satu kejadian yang agak menggembirakan pihak penulis sendiri ye. :)

Pergaduhan mulut adik-beradik diantara Irsyad dan Leya,

Engkau suka perasan kau tuh comel sangat. Dah lah botak.
Mana ada. Kak Huda yang comel. Aku pacak handsome.
* :)
Kau dah lah tak ada rambut. Mana boleh buat pacak. Kak Huda memang comel tapi jahat.
Kak Huda tak jahat. Kau yang jahat, dah lah suka ambil barang orang.
* :)
Kau yang ambil barang aku dulu.
Mana ada.

Bla bla bla. Orang tua kata, budak-budak bila cakap mesti jujur dari hati. Aku macam heshhh :) Tak tahan nak belanja Irsyad air kotak tau. Ngee. Cuma memang aku sikit tak kisah kalau dorang gaduh sekali pun tapi aku yang diam nie pun boleh dia bantai aku. Adoii.

Saya dah tak kerja yea, harap maklum. Disamping itu, bilik saya dah bersih seperti sedia kala. Sangat lega tau.

Tadi keluar dengan family. Beli laptop Syafiq. Jenama apa berapa harga apa semua saya tak ambil pusing sebab saya sibuk survey hp. Ngee saya dah tahu nak minta hp apa dekat mak saya. Hee. Angah, apa kata kau beli hp lain, aku beli hp lain. Eh ? Aku macam tanak sama dengan orang jeaaa. Biarlah nak mengada sekali pun tau. Ahha.

Pastuuu, hmm
Awak, rinduu. Nak gedik, nak mengada-ngada, nak menggeletis, nak gelabah, nak kerek-kerek apa semua dengan awak. Awak jea yang layan kita selama ni. Pastu tetiba macam nie, boleh gila tau ? Hm pastu, kalau apa-apa sekarang, awak kena bayar ganti rugii banyak-banyak tau. Tak kira. Nak awak bayar jugak. Haaa, miss youuu :'(

- Thanks ehh.

Hm, Huda.

Friday, February 12, 2010

Tentang suatu kehidupan.

Haii :)

Bila boring menyelubungi diri tatkala kebosanan sekeliling yang teramat membuatkan hati melonjak melakukan sesuatu yang diluar kawalan. HAHA. Agak-agak betul tak ayat ni, mak ? HAHA.

Tadi, saya baca blog ayah saya. Baca post-post yang saya terlepas. Tetiba saya macam minat jea dengan sajak yang ayah buat waktu dahulu kala. Ayuh ! Mari kita nilai :)

Hidup adalah sepotong ayat.
Bemula dengan kesenyapan,
Berakhir dengan kesenyapan.
Di tengah-tengahnya,
Kita belajar mengatur nada,
Kita mengenal makna kata yang semantik dan yang pragmatik,
Tidak membawa erti sama.
Terlalu panjang kita berkata,
Tak terfikir tanda baca,
Di mana mengambil nafas,
Di mana menanda keras.
Kita sering keliru,
Antara kata yang diujarkan,
Dengan makna yang dimaksudkan,
Kerana lidah tidak seringmenyetujui hati,
Dan hati tidak mahu membinasakan lidah.
Kita terlalu berharap,
Orang mentafsir,
Kata yang samar,
Tapi mereka sering tersasar,
Dan faham menjadi semakin liar.
Pertemuan yang panjang,
Kata yang terbayang,
Ayat yang berpancang,
Hanya mengatur,
Makna yang gersang.
Daripada kata,
Yang bersilang,
Lebih baik aku senyap,
Kerana itulah permulaan,
Kerana itulah pengakhiran.
Saya faham apa yang ayah cuba sampaikan sebab saya baca sepenuhnya cerita kisah benar mereka. Yeay. Saya nak jadi macam ayah saya lah. Nanti saya nak buat puisi ke sajak ke gurindam ke apa ke untuk hidup saya. Yeah :D
Dan akhir sekaliiiiii,


Saya tahu saya silau dan rabun nak melihat cahaya yang sebegini rupa tapi satu hari nanti, saya nak lihat benda nie dengan gelabah comel tuh, boleh ? Nak jugak nak jugak, tak nak dengan org lain tapi nak dengan dia jea :D Ngee.

- My girls and my boys, i love youu so much :D Hee, three years ryte ? Ngee, sukaaaa. Thanks tauuu ! And kak Amy, terima kasih untuk kereta itu yeah. Sangat-sangat suka tau. :)

- Gemok's, BBQ lagi jommmmmmmmmmmmm !

Sweet, Huda.

Tuesday, February 9, 2010

Kau datang dan pergi.

Sekali pandang, macam berkenan. Bila dah kenal, malas nak ambil tahu. Bila dah rapat, macam tak kisah. Bila dah putus, cari balik. Adoiiii, mendaaaa tah. HAHAH

Saya banyak benda nak bagitahu semua tau apa peristiwa penting yang terjadi dekat diri saya satu lapan hari ni. Tapi tak berkesempatan nak online dan bercerita sambil minum kopi o. Hee.

Bila banyak benda dah lepas, malas nak bercerita tapi macam nak cerita tapi bila nak cerita macam banyak sangat tapi entahlah, tanak cerita lah. Ngeee !

Saya nak cerita benda yang baru je jadi sekitar dua atau empat hari lepas. Ahha. Kita ikut point orait. Let's gone :p

- Birthday Muhammad Firdaus tidak disambut lagi, dengan hanya berbekal kan doa dan tawakal. Mungkin akan disambut dalam enam hari lagi bermula hari ini. Yeay. Saya pun tak bagi hadiah dekat budak tuh lagi. Saya macam nak simpan buat pekasam tapi tanak lah. Tapi macam saya nak bagi, tapelah, bagi jea lah nanti. Tapi tengok dulu lah. Ngee yelah, nanti saya bagi. HAHA.

- Ada satu malam tuh, sedang saya berangan-angan memikirkan tentang Aiman. Tade lah gatal sangat nak berangan macam mana. Cuma tetiba teringat dekat dia. Teringat yang waktu f5 tuh. Keluar dengan dia pg sana tuh. Malam-malam balik pukul satu. HAHA pergi jumpa cousin saya. Makan satey apa bagai. Haaa macam the best moment jea bagi saya dan malam itu juga dapat mesej dari dia. HAHA rindu katanya. Gelabah betul. Bla bla bla.

- Semenjak dua menjak ni. Tidur asyik tak lena jea macam dulu. Kenapa eh ? Orang-orang cakap kalau tidur tak lena, petanda yang orang itu mungkin akan jadi comel tersangat comel diantara yang comel. Betul ke ? HAHAH apa-apa sahaja lah ye.

- Niat dihati mahu kemas bilik bagi ada rupa bilik yang sebenar sebelum berangkatnya kakak tersayang ke rumah ini tapi macam tergendala sahaja niat saya sebab macam tak ada masa jea. Adoii bantu saya wahai sekalian bibik dimana-mana, boleh ? :p

- Weh niee. Semalam A*** call aku. Ngeeeeeeeee :D Rinduuu tapii cakap macam rushing gila sebab dia ada hal dan saya sedang berkerja. Cakap itu ini then bye. Saya rasa macam, aku cakap apa eh tadi. Haaa tak kisah lahh. Asalkan tak gaduh lagi. Yeah, kata kawan kannn :)

- Saya dah dapat gaji. Seronok tapi tak seronok macam orang ibubapa saya dapat gaji cuma seronok baru rasa penat lelah kita berbayar walaupun banyak masalah. Ignore it. Saya dah bank in. Saya tak nak belanja sesiapa. Harap jangan contact saya semata-mata nak suruh saya belanja. HAHA jahat sangat lah aku nie pun. Biarlah.

- Sejak akhir-akhir ni, orang sekeliling saya selalu sangat ada masalah yang saya tak rasa boleh baik dalam masa dua hari sahaja. Sampai niat nak menunjuk yang saya sendiri bermasalah pun tak jadi. Tapelah, saya bantu awak-awak dulu. Nanti saya selesai masalah saya. Yeay, jalan terbaik :D

- Saya rindulah dengan pemandu berhemah saya tuh. Rindu rindu. Hm Elok-elok eh. Ada masa, contact, boleh ? :(

- Ayah saya cabar Aus baca satu novel ni bagi habis dan nanti Aus boleh dapat apa jea yang dia nak dari ayah saya. Saya dah rasa macam, Ayahhhhhhh ! Huda dah banyak habis baca novel itu ini. Nak habuan juga oooo. Haaa mengada doe Aus. Biarlah saya nak cemburu pun :p

Bla bla bla. Saya rasa macam itu sahaja yang patut bagi tahuu, ngeee :D Dah lahh, saya mahuu relax relax and cool :) Btw, saya punya hati suruh open blog saya masa 27hari bulan nanti, kenapa 27 eh ? Tak faham, serius. Abaikan.

*Bintang, rindu nak tengok awak senyum dekat saya lagi. Hee. Biarlah nak kata apa pun tauu.

*Wehhh, belikan lahh baju warna hijau tuh, pleaseeeee ? Nak sangat. Ngee.

*Jeeha, rindu anda lah, jommm gossip. Nak nanti ? :)

Ting ! , Huda.

Sunday, February 7, 2010

Saya pendengar yang setia walaupun saya menjengkelkan.

Hee kenyataan diatas diperakui oleh kawan baik saya sendiri iaitu Illiana Maziah binti Ismail. HAHAH kau nie mok, kelakarlahh :p Tapi tapi betullah apa kau cakap, aku mengaku jeaa, hee sebenarnya, aku saja jadi annoying sebab nak bagi kau fikir panjang jeaa, dah lah perasan gilaa dengan Naim tuh, tettt ! Sorry, terbagitahu nama pulak, HAHA cepatlah sepak akuu, aku rela :p Ngee btw, Yana tersayang, i'm sorry yea sebab kau mesej aku busy, kau call aku tutup :p Nantilah kalau nak menggedik tau, hadoiii, ILY.

Saya ada macam-macam nak cerita tau tapi saya tak rasa nak cerita, haa bagaimana itu ? Tapelah, let's start.

Pertama, saya dapat baju tidur baru dari mak saya. Hallaweyy, aku ada baju tidur, haa apa apa ? cepatlah, jom tidur dengan aku. HAHAH

Kedua, saya sedang menghitung hari untuk meraikan kegembiraan kawan rapat saya. Hee saya gembiralah dengan awak cuma saya sedih sikit. Haa saya jujur ni. Puas ?

Ketiga, abang saya seorang tuh sungguh menggedik sejak akhir-akhir ni. Dah banyak kali, bila saya balik kerja je. Ayah mesti bagitahu, tadi Syafiq call, dia suruh Huda call balik. Heshh ada jea benda nak cerita. Penat betul nak tahu cerita tentang Ada tuh. Ngee agak-agak kantoi tak pit aku cakap macam tuh ? HAHAH sorry, nak sepak aku tak ? :p Tak cuak lah weh !

Keempat, saya dah isi borang UPU, secara jujurnya, saya jadi tak tentu arah waktu nak isi tuh. Bila dah macam tuh, saya main isi jea apa yang saya suka dan minat. Bila mesej abang dgn kakak, lambat pulak respon jadi buat pepandai sendirilah. Bila dah siap isi, gtau mak, mak macam tak berkenan jea. Haihh. Abang pulak macam bagi semangat. Macam mana tuh ? Adoii.

Kelima, satu hari tuh saya tak boleh nak tidur. Jadi saya lihat keliling saya. Pastu, OH ! nie bilik ke kandang kambing ? HAHA boleh tanya diri sendiri. Saya touch up sikit bilik saya. Haa dah macam bilik SIKIT. Ngee :p

Keenam, saya suka dengan perangai ayah saya sekarang. Suka sangat. Hehe. Saya rasa senang bila borak dengan dia. Saya jadi macam anak mithali pulak oh. Tanya makan minum dia. Apa semua lah. Dia jawab pun macam ayah terbaik. Hehe. Yang paling penting sekarang ni, bila saya main mesej depan dia pun, dia diam jea. Tak macam dulu, perli perli perli dan malas nak jawab. Hee. Apapun dia, dia tetap ayah tersayang tercinta saya sampai mati. Perghh, mak cemburu tak kalau jujur macam ni ? Ngee. Mak tahu kan siapa mak, dah lah :D ILYSM.

Ketujuh, bila saya nak dapat gaji eh ? Semua orang dah dapat. Dah beli barang dapur dah pun. Saya punya barang dapur dah lah banyak habis dan banyak tak ada. Stok makanan ringan pun tak ada. Saya nak makan apa ? Nak makan awak, boleh ? Haa bak gaji saya. Hee.

Kelapan, sejak Ara dengan Ika dah berhenti kerja. Kedai tuh macam bosan sikit. Sikit jea tapi tetap bosan. Haa. Dulu kalau ada Ara, boleh lah nak gedik sikit pun. Pastu, Ika pulak selalu masak untuk aku. Saving sikit. Apa-apa hal mesti mengadu dekat Ika. Buat jahat apa semua pun mesti sama-sama. Haihh, aku rindu korang lahh pendek :p

Kesembilan, saya sayang awak tau busuk. Awak dah lah banyak merepek sejak bermenjak ni. Tak suka tak gemar tapi makin bertambah-tambah sayang. Awak awak, rindu dekat awak sangat tau. Jangan macam macam tuh lagi tau. Saya amat perlukan awak selagi hayat dikandung badan. Haa, ni lah bana kalau jadi anak sastera. Haha. Layan sudah :) Btw, i love you so much more ! Saya nak awak jea, sumpah ! :)

Kesepuluh, hari apa entah, A*** mesej saya tapi saya tak rasa nak balas waktu tuh sebab saya sangat kecik hati dengan dia. Tapi saya rindu dia. Rindu nak dia call saya banyak kali. Haha. Hm selang beberapa hari, saya balas mesej dia tapi tak ada respon. Saya tahu dia dah masuk kolej dia. Dia busy. Selalu pun macam tuh. Hm nak cakap sikit eh. Kamu, jangan cakap atau minta-minta macam tuh lagi eh. Saya serius tak suka. Saya rindu. Tapi macam tak berapa sayang lah tapi sayang juga lah. Jujur ni, kena suka juga. Btw, tak boleh bla guna kamu. HAHAH suka hatilahh, terima jea.

Kesebelas, saya sudah privatekan blog saya atas beberapa sebab dan mungkin ianya hanya untuk beberapa ketika sahaja. Nanti saya open balik yea. Hee. Mak cakap, kalau banyak cerita pasal lelaki sangat. Jangan open sangat nanti kantoi. Ngee. Saya mengerti ya bukk. udah, jangan risau deyh. Hee.

Haa, saya macam dah lambat jea nak gerak pergi kerja. Haha. Tak mandi lagi nie. Tapelah. Relax jea. Ngee.

*Harap sangat rancangan saya menjadi, memang doa habis untuk satu nie :) May ALLAH bless me.

Akhir kata, untuk Yana sayang. Hee. Kirim salam sama Adiwira. HAHA aku tak kenal weh siapa dia. Btw, ada rasa nak sepak aku lagi tak sebab nama lain pulak keluar. Ngee. :p

Senyum, Huda.

Tuesday, February 2, 2010

I can see me looking at you at the start of the day for all my life.

Weh, lama gilaaa tak onlineeee. Serius, rindu rindu rindu rindu. Ngeee.

Haii blogger :)

Hee nak cerita apa eh eh ? Ahha. Saya tak nak cerita benda-benda sedih yang telah berlalu dan sedang berlaku pada diri saya tapi saya ada satu dua drama yang ingin dikongsi bersama yang telah saya pendekkan dan ianya hanya drama, faham ? Baguss :) HAHAH.

> Bermula dengan satu pengenalan sejak dari zaman kanak-kanak. Bermain bersama. Gembira bersama. Berkongsi suka duka bersama. Sangat akrab walaupun jurang umur yang sangat ketara. Tapi tetap bahagia bersama. Bila A dibangku sekolah. B sudah habis belajar. Bila A berada di tingkatan 1, B sudah mahu berkerja. Hee. Walaupun begitu, A dan B tetap akrab macam dahulu kala. Bila A meningkat setahun usianya. B sudah buka bicara. Melamar ? HAHAH tidak sama sekali. Cuma B mahu berada dihati A selagi dia hidup. Alahai, jiwang sangatlah pula. Biarlah. Sambung cerita. Perhubungan mereka boleh dikatakan sangat lama bertahan. Walaupun sangat berjauhan. B mengikut abangnya berkerja di luar negara untuk seketika. Aduh, terasa sangat ditinggalkan tapi A dan B tetap setia bersama. Tapi mereka berpisah hanya sebab yang saya sendiri rasa macam tak patut pun berpisah. Okayokay, mereka berpisah bila mendapat satu panggilan dari B di luar negara yang menyatakan yang dia sudah ada yang lain disana. A sangat terkejut dan tak keruan. A ambil keputusan minta putus pada hari yang sama. Waktu yang sangat sadis. Bila minta putus. B menyatakan yang dia hanya bergurau. Wah wah wah, ingat boleh ke nak main perasaan macam tuh ? Melampau pun. Dah lah jauh, siapa pun boleh percaya. HAHAH asal aku emo sangat nie ? Dah dah, cerita seterusnya. Putus tetap putus. Tetap pendirian sungguh. Dalam beberapa bulan. B balik negara asalnya. Dan minta dirujuk. Tapi tetap tak dilayan oleh A. Jadi A dan B hanya kawan. Kawan yang tetap kongsi suka duka bersama. Rapat macam dahulu kala. Rapat sangat. A cemburu dengan B kalau B rapat dengan perempuan lain, sama juga dengan B. Hm bla bla bla bla. Bila dah lama-lama ingat, jodoh panjang walaupun tak bersama. Tapi B sudah ada C. Hanya 5bulan pengenalan. Mereka mahu mengikat tali pertunangan. Percaya atau tak, A tersangat-sangat banyak mengalirkan airmata. Apa boleh buat. Mungkin dah tertulis yang A dan B tiada jodoh. Kecewa memang kecewa. Tapi kena gembira sebab orang yang kita sayang, bahagia. Kita ? HAHAH teruskan. B cabar A datang ke majlis pertunangan. Hmm.

- Wajar kah A datang eh ?
- Drama airmata kan ? Tahuu.
_____________________________________________________
SELAMAT BERTUNANG
:) Saya gembira kalau awak gembira. Hee. Jaga diri elok-elok tau. Kawan rapat, boleh ? Kalau apa-apa, ayuh kongsi bersama eh. Rindu awak dan ye, sayang awak juga. Ngee. Hooyeah !

Saya dah move on, yeayyy !

---------------------------------------------------------------
Saya ada drama hati runsing, nak cerita juga boleh tak ? Ngee.
> Lima tahun lepas. Awak berada di Canada selama setahun. Dan tahun seterusnya, awak menetap di Malaysia selama empat tahun. Dan sekarang awak terbang menetap di Perancis selama saya pun tak tahu dan awak pun tak tahu kan. Suka kan pindah-randah macam tuh. Orang nomad eh ? Heshh, waktu awak baru-baru ada dekat Malaysia. Awak asyik cakap saya sombong. Padahal, kita tak pernah kenal. Setakat ym tuh memang lah selalu tapi jumpa pun tak. Apalah. Sampai lah satu hari tuh, awak ajak jumpa. Jadi jumpa lah. Heee. Bla bla bla. Dulu, waktu baru-baru kenal. Awak selalu cerita pasal kawan-kawan baik awak dekat Canada. Itu ini cerita. Saya cerita kawan yang dekat dengan saya je. Bila dah lama-lama. Dua-dua cemburu buta kalau cerita pasal kawan-kawan baik masing-masing. HAHAH kelakar sikit. Tapi sekarang awak tak ada dah. Saya nak cerita kisah bukit dekat siapa, saya nak cerita itu ini dekat siapa. Haihh awak mesti dapat kawan baik baru dekat sana nanti kan ? Hmm agak-agak, awak cerita tak pasal saya dekat kawan-kawan baik baru awak tu nanti ? :'( Serius sedih. Tak bagi awak pergi tapi kena pergi juga. Hmm.
- Boleh ke kita jumpa lagi ? Boleh ke saya jadi kawan baik awak sampai kiamat ? Bila boleh dengar suara awak yang macam jantan tu ? Bila boleh kita jerit-jerit lagi dekat bukit tu ? Bila nak pergi bercuti bersama lagi ? Hm ye, tak ada jawapan. Saya tahu.
Btw, rinduuuu :'( Tak nak tau lupa saya. Saya pun tak lupa awak. Kawan baik kan. Jaga diri. I love you, forever. Haihhh.
__________________________________________________
Weh weh weh !
Tienaaaaaaaaaaaaaaa, kau kena balik Malaysia juga. Tak kira. Wajib. Tak kan kau pun nak tinggal kan aku. Sepak nak ? Balik tauuuuuuuuuu ! Sayang kau.
Saya nak isi borang UPU. Saya nak sambung belajar. Saya nak masuk U. Saya ada cita-cita. Saya ada maruah. Saya ada matlamat. Saya nak berjaya macam mak ayah saya. Mereka semangat saya. Yeay ! Saya nak semua orang doakan kejayaan saya tau. Tapi kan, saya tak tahu lah nak ambil course apa. HAHAH biarlah. Ngee. Doakan tau.
Okay lahhh ehh, pergi dulu.
*Kisah drama hari ni hanya habis disini sahaja, segala pertanyaan. Tidak akan dilayan. Kata lah saya berahsia sekalipun. Saya tetap dengan keputusan saya. Yeah !
*Rindu irsyad saya. Nak pergi jumpa, boleh tak ? :p
xoxo, Huda.