Tuesday, February 2, 2010

I can see me looking at you at the start of the day for all my life.

Weh, lama gilaaa tak onlineeee. Serius, rindu rindu rindu rindu. Ngeee.

Haii blogger :)

Hee nak cerita apa eh eh ? Ahha. Saya tak nak cerita benda-benda sedih yang telah berlalu dan sedang berlaku pada diri saya tapi saya ada satu dua drama yang ingin dikongsi bersama yang telah saya pendekkan dan ianya hanya drama, faham ? Baguss :) HAHAH.

> Bermula dengan satu pengenalan sejak dari zaman kanak-kanak. Bermain bersama. Gembira bersama. Berkongsi suka duka bersama. Sangat akrab walaupun jurang umur yang sangat ketara. Tapi tetap bahagia bersama. Bila A dibangku sekolah. B sudah habis belajar. Bila A berada di tingkatan 1, B sudah mahu berkerja. Hee. Walaupun begitu, A dan B tetap akrab macam dahulu kala. Bila A meningkat setahun usianya. B sudah buka bicara. Melamar ? HAHAH tidak sama sekali. Cuma B mahu berada dihati A selagi dia hidup. Alahai, jiwang sangatlah pula. Biarlah. Sambung cerita. Perhubungan mereka boleh dikatakan sangat lama bertahan. Walaupun sangat berjauhan. B mengikut abangnya berkerja di luar negara untuk seketika. Aduh, terasa sangat ditinggalkan tapi A dan B tetap setia bersama. Tapi mereka berpisah hanya sebab yang saya sendiri rasa macam tak patut pun berpisah. Okayokay, mereka berpisah bila mendapat satu panggilan dari B di luar negara yang menyatakan yang dia sudah ada yang lain disana. A sangat terkejut dan tak keruan. A ambil keputusan minta putus pada hari yang sama. Waktu yang sangat sadis. Bila minta putus. B menyatakan yang dia hanya bergurau. Wah wah wah, ingat boleh ke nak main perasaan macam tuh ? Melampau pun. Dah lah jauh, siapa pun boleh percaya. HAHAH asal aku emo sangat nie ? Dah dah, cerita seterusnya. Putus tetap putus. Tetap pendirian sungguh. Dalam beberapa bulan. B balik negara asalnya. Dan minta dirujuk. Tapi tetap tak dilayan oleh A. Jadi A dan B hanya kawan. Kawan yang tetap kongsi suka duka bersama. Rapat macam dahulu kala. Rapat sangat. A cemburu dengan B kalau B rapat dengan perempuan lain, sama juga dengan B. Hm bla bla bla bla. Bila dah lama-lama ingat, jodoh panjang walaupun tak bersama. Tapi B sudah ada C. Hanya 5bulan pengenalan. Mereka mahu mengikat tali pertunangan. Percaya atau tak, A tersangat-sangat banyak mengalirkan airmata. Apa boleh buat. Mungkin dah tertulis yang A dan B tiada jodoh. Kecewa memang kecewa. Tapi kena gembira sebab orang yang kita sayang, bahagia. Kita ? HAHAH teruskan. B cabar A datang ke majlis pertunangan. Hmm.

- Wajar kah A datang eh ?
- Drama airmata kan ? Tahuu.
_____________________________________________________
SELAMAT BERTUNANG
:) Saya gembira kalau awak gembira. Hee. Jaga diri elok-elok tau. Kawan rapat, boleh ? Kalau apa-apa, ayuh kongsi bersama eh. Rindu awak dan ye, sayang awak juga. Ngee. Hooyeah !

Saya dah move on, yeayyy !

---------------------------------------------------------------
Saya ada drama hati runsing, nak cerita juga boleh tak ? Ngee.
> Lima tahun lepas. Awak berada di Canada selama setahun. Dan tahun seterusnya, awak menetap di Malaysia selama empat tahun. Dan sekarang awak terbang menetap di Perancis selama saya pun tak tahu dan awak pun tak tahu kan. Suka kan pindah-randah macam tuh. Orang nomad eh ? Heshh, waktu awak baru-baru ada dekat Malaysia. Awak asyik cakap saya sombong. Padahal, kita tak pernah kenal. Setakat ym tuh memang lah selalu tapi jumpa pun tak. Apalah. Sampai lah satu hari tuh, awak ajak jumpa. Jadi jumpa lah. Heee. Bla bla bla. Dulu, waktu baru-baru kenal. Awak selalu cerita pasal kawan-kawan baik awak dekat Canada. Itu ini cerita. Saya cerita kawan yang dekat dengan saya je. Bila dah lama-lama. Dua-dua cemburu buta kalau cerita pasal kawan-kawan baik masing-masing. HAHAH kelakar sikit. Tapi sekarang awak tak ada dah. Saya nak cerita kisah bukit dekat siapa, saya nak cerita itu ini dekat siapa. Haihh awak mesti dapat kawan baik baru dekat sana nanti kan ? Hmm agak-agak, awak cerita tak pasal saya dekat kawan-kawan baik baru awak tu nanti ? :'( Serius sedih. Tak bagi awak pergi tapi kena pergi juga. Hmm.
- Boleh ke kita jumpa lagi ? Boleh ke saya jadi kawan baik awak sampai kiamat ? Bila boleh dengar suara awak yang macam jantan tu ? Bila boleh kita jerit-jerit lagi dekat bukit tu ? Bila nak pergi bercuti bersama lagi ? Hm ye, tak ada jawapan. Saya tahu.
Btw, rinduuuu :'( Tak nak tau lupa saya. Saya pun tak lupa awak. Kawan baik kan. Jaga diri. I love you, forever. Haihhh.
__________________________________________________
Weh weh weh !
Tienaaaaaaaaaaaaaaa, kau kena balik Malaysia juga. Tak kira. Wajib. Tak kan kau pun nak tinggal kan aku. Sepak nak ? Balik tauuuuuuuuuu ! Sayang kau.
Saya nak isi borang UPU. Saya nak sambung belajar. Saya nak masuk U. Saya ada cita-cita. Saya ada maruah. Saya ada matlamat. Saya nak berjaya macam mak ayah saya. Mereka semangat saya. Yeay ! Saya nak semua orang doakan kejayaan saya tau. Tapi kan, saya tak tahu lah nak ambil course apa. HAHAH biarlah. Ngee. Doakan tau.
Okay lahhh ehh, pergi dulu.
*Kisah drama hari ni hanya habis disini sahaja, segala pertanyaan. Tidak akan dilayan. Kata lah saya berahsia sekalipun. Saya tetap dengan keputusan saya. Yeah !
*Rindu irsyad saya. Nak pergi jumpa, boleh tak ? :p
xoxo, Huda.

No comments: