Bila boring menyelubungi diri tatkala kebosanan sekeliling yang teramat membuatkan hati melonjak melakukan sesuatu yang diluar kawalan. HAHA. Agak-agak betul tak ayat ni, mak ? HAHA.
Tadi, saya baca blog ayah saya. Baca post-post yang saya terlepas. Tetiba saya macam minat jea dengan sajak yang ayah buat waktu dahulu kala. Ayuh ! Mari kita nilai :)
Hidup adalah sepotong ayat.
Bemula dengan kesenyapan,
Berakhir dengan kesenyapan.
Di tengah-tengahnya,
Kita belajar mengatur nada,
Kita mengenal makna kata yang semantik dan yang pragmatik,
Tidak membawa erti sama.
Terlalu panjang kita berkata,
Tak terfikir tanda baca,
Di mana mengambil nafas,
Di mana menanda keras.
Kita sering keliru,
Antara kata yang diujarkan,
Dengan makna yang dimaksudkan,
Kerana lidah tidak seringmenyetujui hati,
Dan hati tidak mahu membinasakan lidah.
Kita terlalu berharap,
Orang mentafsir,
Kata yang samar,
Tapi mereka sering tersasar,
Dan faham menjadi semakin liar.
Pertemuan yang panjang,
Kata yang terbayang,
Ayat yang berpancang,
Hanya mengatur,
Makna yang gersang.
Daripada kata,
Yang bersilang,
Lebih baik aku senyap,
Kerana itulah permulaan,
Kerana itulah pengakhiran.
Saya faham apa yang ayah cuba sampaikan sebab saya baca sepenuhnya cerita kisah benar mereka. Yeay. Saya nak jadi macam ayah saya lah. Nanti saya nak buat puisi ke sajak ke gurindam ke apa ke untuk hidup saya. Yeah :D
Dan akhir sekaliiiiii,
Saya tahu saya silau dan rabun nak melihat cahaya yang sebegini rupa tapi satu hari nanti, saya nak lihat benda nie dengan gelabah comel tuh, boleh ? Nak jugak nak jugak, tak nak dengan org lain tapi nak dengan dia jea :D Ngee.
- My girls and my boys, i love youu so much :D Hee, three years ryte ? Ngee, sukaaaa. Thanks tauuu ! And kak Amy, terima kasih untuk kereta itu yeah. Sangat-sangat suka tau. :)
- Gemok's, BBQ lagi jommmmmmmmmmmmm !
Sweet, Huda.
No comments:
Post a Comment