Awal muharam semalam, jadi ? yeay ! semoga semua umat menjadi hamba yang lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya :)
Okay, mula mengadu, semalam saya dapat mesej dari kawan lama saya, ye, hanya kawan lama, dia kata dia baru keluar hospital sebab asma yang agak kronik, adalah rasa-rasa macam nak mati waktu kena penyakit tu, bak kata dia, tapi dia tak fikir pula yang saya pun boleh masuk hospital kalau dia hilang macam tu je dari hidup saya, dah lah lama tak contact, saya ada juga menunggu dia ajak saya melepak bersama selepas habis paper SPM dan ada juga saya ajak dia melepak apa bagai tapi tak ada respon, lepas tuh, tahu-tahu dia baru keluar hospital, mak aiiii, saya sedih lah macam ni, saya dah mula fikir bukan-bukan sebab dia buat saya macam orang tak kenal, dan 'awak, saya merajuk tau, bagi saya merajuk puas-puas dulu eh', suka hati saya lah nak apa pun tau, hmm ni weh, cerita lain pula tau, semalam kan kan saya dapat offer kerja dari dia ni tau, sangat suka kerja nya sebab macam relax, kerja hanyalah menaip, tapi gaji mantap dan makan minum tempat tinggal semua di tanggung seratus peratus, senyum sahaja bila dapat tawaran macam tu, lagi-lagi dari dia :p tapi sangatlah jauh tempat kerjanya, ye, sangat jauh, jauh dari sini dan sana, jauh lah, dan diulangi, jauh, dan boleh diumpama kan naik turun flight juga ye, haa jauh kan ? lepas tu, saya fikir-fikir, seronok memang tak terkata, tapi boleh ke saya tahan meninggal kan insan-insan tersayang disini selama tiga bulan ? enough said, weh nak cerita lain pula tau ? semalam saya chat ym dengan budak arab tu tau, HAHAH saya ingat kan dia hutang yang tak dilangsaikan lagi dan hari ini, semua hutang dah settle, dia topup kan saya RM15, yeay ! kredit saya banyak, banyak sangat, saya dah lah tengah sengket, nasib ada dia, terima kasih ye budak arab sayang, yelah, 'aku gelabah', okayokay, weh cerita lain cerita lain, semalam kan, saya baca satu novel tu tau, menarik sungguh, saya suka, bukan novel jiwang tau, novel remaja berdikari, menarik ouh, tenang je waktu membaca walaupun tengah serabut kepala ni, saya suka, dan credit to my cousin sebab bagi pinjam novel tu ye, eh weh weh ! cerita lain, saya macam tak suka orang yang bermuka-muka, suka tu sikit lah sebab macam menarik je banyak-banyak muka kan ? HAHA saya tak suka lah dia, haa kan dah terus terang, pendek kata, jangan lah macam tuh dengan saya, kita kawan dari tadika kan ? okay, tapelah, cerita lain, saya rasa, saya macam nak berdiri atas kaki sendiri seratus peratus lah, saya dah penat lah nak berharap itu ini dan itu ini dari orang-orang disekeliling saya, bukan give up cuma saya fikir panjang sikit dari dulu, saya fikir-fikir, tak guna rasanya berharap dekat orang dah, saya pun dah besar panjang, tak ada lah panjang mana tapi panjang lah, alaaa, nak ejek jea tahu, tumbuk nak ? tak kisah lah, tapi saya tak tahu lagi yang niat untuk berdiri atas kaki sendiri sepenuhnya itu jadi atau tak, awak-awak, nilai lah saya dari pemerhatian sendiri, dah dah, cerita lain, weh ! saya nak beli phone baru tau, tapi saya tak tahu nak beli yang mana tau, saya ingat nak nokia je sebab saya setia lah kata kan, tapi sony macam best, tapi cybershot macam gempak, mana satu eh nak beli ? saya dalam dilema kerana ini sahaja tau, tiap senja berfikir, yelah, saya senget, tapi ikut suka saya lah, HAHA okayokay, weh, saya kan macam penat berfikir jea sekarang ni oh, saya kan sedang menunggu si dia call saya, kami kawan, hanya kawan dan tak akan boleh lebih, saya rasa macam nak borak dengan dia satu hal ni tau, saya memang selalu borak pasal itu dengan dia, hanya dia sahaja tahu hal yang ingin saya nyatakan tapi dia tak ada sekarang, saya tak tahu mana dia pergi, tapi saya tak pernah pun sedih atau rindu dia, saya hanyalah menunggu dia sahaja, saya rasa sebab saya dah biasa yang dia hanya akan call saya empat kali sebulan, tapelah, tunggu jea lah next month, yeay ! weh weh, saya rasa saya nak cerita pasal hari ni pula, boleh ? okay, saya tahu mesti boleh sebab saya punya blog, hee hari ni saya pergi lebih dari tiga tempat tau, satu hujung dunia, satu hujung benua, satu hujung tanjung, yelah, jauh-jauh, merayau, minyak banyak, duit ada, merayau lah, HAHA tapi kan, saya macam geram plus bengang sikit je dengan dia ni tau, okay, pertama kali saya tengok dia bekerja dekat situ setelah dua minggu dia dah mula kerja, saya tahu lah bila bekerja tu kena mesra pelanggan tapi janganlah mesra sangat, saya macam tak suka je, bukan jeles atau apa tau, tapi tak suka, awak ni pun, cuba buat biasa je, saya geram ni, tak termakan pujuk rayu awak pun ni, haa kalau saya merajuk sampai awak berhenti kerja, boleh tak ? saya tak jeles eh, saya geram, cukup ! -,- ngee ! dah, cerita lain, saya macam penat sungguh hari ni tapi tak boleh tidur, itu masalahnya, saya pun tak tahu kenapa, mungkin ada benda lagi saya tak buat atau ada benda lagi tak selesai atau mungkin saya terlalu penat sampai tak boleh tidur, boleh jadi kan ? saya tak nak kata yang saya tak boleh tidur sebab rindu dengan mereka-mereka ni, buat masa sekarang saya dapat list kan nama 15orang yang saya rindu, tengok ! macam dah gtau je sebab saya tak boleh tidur, adoi apa lah huda, haha okayokay, next story, saya ada fikir tau nak duduk rumah mak angkat saya dekat melaka itu, tapi saya fikir, kalau saya duduk sana, mesti saya lagi lagi rindu dengan orang dekat selangor ni, lagi-lagi kawan-kawan saya, asyik fikir orang je pun, fikir kebahagian diri awak sikit hudaa, haha yelah, monolog sikit je pun, hee tapi dah saya jenis macam nie, nak buat macam mana kan ? hee yeah ! next next, saya rasa, post saya terlalu panjang, tak kisah lah, saya dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi, jadi saya buat post ni, sesiapa baca kira saya gtau awak-awak lah kan ? kalau bosan, padan muka tau, yeah ! dan last sekali saya nak gtau yang kan saya pernah gtau awak-awak yang saya ada buat another blog, kan kan ? dan blog itu hanya orang tertentu sahaja yang boleh baca kan ? dan dukacita di beritahu bahawa saya membatal kan niat saya untuk bagi awak-awak yang tercinta baca, atas beberapa sebab, dan salah satu sebab, bila saya baca, saya boleh mengeluarkan airmata, bahkan lagi awak-awak pula yang membaca kan ? lagi-lagi bila awak-awak baca, waktu tu saya tak ada kat dunia ni lagi, jadi secara rasminya, saya batalkan niat saya itu, terima kasih kerana menerima apa sahaja keputusan yang saya lakukan ye, saya harap awak-awak hormati, haha jangan mengada nak tanya mak saya apa email password saya ye, tapi saya macam nak bagi satu clue lah, haha email saya, sama macam email ym saya, dan password saya ada dekat phone saya, bukan dekat mesej, bukan dekat draf, buka dekat calendar, bukan dekat mana-mana function, tapi dekat phone saya, cari lah kalau teringin sangat nak baca, HAHAHA dah, enough ! okay, sampai sini je lah saya mengadu, eh ? saya macam penat je, hee :)
Terima kasih kerana membaca benda yang tak seberapa ini, sila datang lagi :)
Penat, huda.
No comments:
Post a Comment