Saturday, February 20, 2010

Wherever I go..

Hyepp :D

Kehidupan yang statik dan stabil menjadikan diri lebih segar serta gembira bersama keluarga tercinta :)

Abang dan kakak semua sudah kembali pulang ke pangkalan masing-masing. Yeah, time to be matured. Ngeeee :D Saya serta adik saya sahaja akan memandang satu sama lain pada tiap hari dan ketika. Haha. It's okay :)

Okay, terasa macam nak jadi kerek gelabah sebentar, suka hati okay :p

--> Aku nak bagi amaran dekat kau eh, kau jangan dekat dengan dia walau sejengkal sekali pun. Aku tahu aku tak sebagus kau tapi biarlah aku tak kasi kau dekat dengan dia pun. So ? kau kena lah dengar cakap aku atau aku buat apa-apa yang tak sepatutnya dekat kau. Okayokay, aku bukan sesiapa nak ugut kau macam nie tapi dah memang kena macam nie, haa apa ? Yang penting, dia hak aku. Enough ehhh, aku tak nak gaduh dengan kau. Kau pun dah besar lebar. Jaga diri elok-elok.

Kembali pada asal, hee. Saya rasa kan, saya pelik lah dengan wanita, perempuan, girl, gegirl, girly, betina apa semua lahh pada zaman sekarang. Ya, pelik tapi hakikat. Hee. Saya bukan bagus sangat nak cakap pasal benda nie tau sebab saya sendiri perempuan sejati. Ngee. Tak suka puji diri :p Balik pada topik, perempuan zaman sekarang nie, bila couple ke apa ke mesti nak protect bf dia sehabis mungkin. Tak rasa benda tuh boleh makan diri sendiri ke ? Yelah, kita protect konon sayang nak mampus lah apa lah itu lah ini lah, sampai gaduh dengan perempuan lain. Ayat still sama, jangan kacau bf aku lah, jangan menggatal dengan dia lah, apa lahh. Serius, meluat.

Cuba fikir eh, kita jaga macam bf kita tuh, mcm dia future husband lah, bakal suami lah, bakal bapa pada anak kita lah. Euwww, tah apa-apa jea rasa. Serius saya cakap lah, saya tak pernah anggap ex-ex bf saya dulu, future itu ini waktu tengah bermadu kasih. Cukup sekadar pengalaman dan rasa dicintai oleh pihak lelaki. Bla bla bla. Perempuan sekarang, bila clash menangis meraung macam hilang anak. Padahal, bukan sesiapa pun. Boleh jea buat kawan atau teman rapat. Kan ?

Ada tuh sampai, tunjuk yang obsses sangat nak jantan. Adoii. Masalah tuh, kang kena main padan muka. Tak kisah lah tuh. Ada tuh, bila couple, ewah ewah ! sampai tak ingat dunia, tak ingat orang lain apa semua. Hidup dunia sendiri jea. Jaga pun hati bf sendiri jea. Yang lain diabaikan. Tup tup, bila si lelaki minta clash, terus menonggeng. Itu okay lagi, yang teruk nya, cakap yang dah tak ada sesiapa dekat dunia nie lah, rasa nak mati lah, rasa nak itu lah ini lah. Memang pun macam tuh, siapa suruh waktu couple lupa asal usul. Kan dah kena tulah. Whatever.

Saya memang tak nak lebih-lebih bab nie sebab saya rasa takut sedikit kot-kot saya boleh jadi macam nie. Tapi tetap ingt kata-kata mak tercinta. Umur untuk mencari dan bercinta sehabis serius adalah tutt. Sekarang masa untuk mengenali dunia luar dan mengekalkan apa yang ada serta pertahankan yang sedia ada. Saya anak emak :p

Tutup ceritaaaaaaaa, heee :) Saya cakap berdasarkan orang sekeliling dan dari perhatian saya sendiri. Saya tak tuju pada sesiapa. Niat saya tetiba cakap macam ni sebab saya rindu Ewan. Haha. Boleh tak macam tuh ? :p Biarlah nak rindu siapa pun. Tak rindu sangat pun cuma teringat. Ngeee. Bangga kann ? Tahuuuuuuuu !

Weh weh, nak cerita. Waktu sesi makan malam bersama orang-orang tersayang. Borak-borak satu topik, sampai lah satu topik. Ngee :)

Ayah, huda.

Abang, dah besar nanti jangan jadi anak tanggang. Nanti ayah sumpah abang.
Ayah, sumpah abang jadi myvi warna putih auto punya tau. Huda nak kereta. Hahaha.
Tak payah, ayah sumpah jadi mercedens jea, pastu jual. Kita beli dua myvi. Huda amek lah satu. Hahaha.
HAHAHAH

Hee :)) Kenapa lah ayah aku melayan aku macam-macam tuh. Serius rasa dihargai. Hahaha. Suka hati okay nak kata apa. Ngeeeeeee :D

Okaylahh. Oh yeaaa, ayah mak macam suruh cari kerja lain. Adoi. Kenapa eh ?

*Plkn, be honest pleaseeee ? HAHAHA
*Result spm keluar 15 doeee, ye er ? TAK NAK percaya lagi, boleh ? -,-

Haihh, Huda.

2 comments:

Eliantomarcelo said...

aku sukaaaa. hahaha.

siti nurHUDA said...

Kau suka yang mana eh eh ? HAHA :DD