Okay, mula.
Macam mana eh nak mula ? HAHAH haihh, plastik je rasa nak gelak-gelak sekarang. WHAT-EVER.
Hmm saya memang dilahirkan dengan berperangai tak suka ambil hak orang sebab saya tak nak orang ambil hak-hak serta aset-aset terpenting dalam hidup saya. Tapi saya tak faham kenapa ada juga orang berperangai nak rampas itu ini, nak ambil itu ini, nak curi itu ini dari orang lain dalam dunia yang serba serbi penuh dengan keadilan. Ya, lumrah kehidupan. Hmm.
Saya betul-betul tak suka kalau benda tu jadi dekat saya. Saya jenis yang suka mengalah kalau macam-macam tu. Saya tak tahu nak buat macam mana. Mungkin sebab saya terlalu merendah diri sehingga saya jadi paling bawah antara yang bawah. Biarlah nak puji diri sikit pun. Saya punya blog :p Haihh. Secara am nya, saya rasa tak perlu nak ambil hak orang lain sedangkan hak sendiri terumbang-ambing melayang-layang tanpa destinasi tetap. Saya merepek sikit okay.
Saya sangat risau nak orang tahu siapa saya sayang, siapa saya cinta, siapa saya suka, siapa saya admire. HAHA, gelak paksa. Saya risau sebab saya takut orang ambil dia dari saya. Saya tamak, ya. Saya memang tamak sebab tak nak kongsi dengan orang lain. Saya tak suka kongsi-kongsi sebenarnya cuma pada orang penting-penting dalam hidup saya sahaja saya suka kongsi. Saya memang tak gemar kalau orang beramah mesra dengan orang-orang yang ada dalam hati saya. Baiklah, jiwang sikit.
Secara jujurnya, kalau orang lain cakap yang mereka suka borak, lepak, tengok, kacau dengan ibubapa serta adik beradik saya pun, saya tak suka sebenarnya. Saya tak suka ada orang nak rapat-rapat dengan keluarga saya. Walaupun nampak saya macam biasa sahaja, bergelak tawa bersama tapi hati saya memang tak boleh terima keadaan macam tu. Saya sungguh hipokrit kalau keadaan sedemikian. Yelah, saya jahat. Tapi itulah secara jujurnya, saya sangat sayang keluarga saya sampai begitu sekali. Saya memang cemburu buta nak melebih sikit. Saya tak tahu kenapa saya macam ini sedangkan saya tahu kalau keluarga memang akan kekal dan tak akan hilang dari pandangan mata walaupun sesaat sekali pun. Saya memang tak boleh terima kalau ada orang ambil mereka-mereka yang saya kasihi dari saya, mungkin.
- Saya pernah jadi mangsa. Orang yang saya sayang pernah kena ambil dengan mereka-mereka yang sangat tak ada kehidupan sendiri sebab ambil saya punya hak. Dunia ni besar, besar sebab bermillion trillion orang dekat atas satu bumi ni sahaja walaupun ramai orang cakap dunia ni kecil sahaja. Apa-apa je lah. Saya tak faham sekarang ni, walaupun berjuta-juta-juta-juta orang dekat duni ni, kenapa mesti ambil orang yang saya sayang ? Dah tak ada mata eh nak cari orang lain yang bukan hak saya. Hesh, tak suka.
- Cuba bayangkan, kawan baik sendiri ambil hak kita. Boleh ke kita terima ? Saya tak boleh sebenarnya tapi saya tak kisah KOT sebab dia kawan baik saya. Dia dah banyak tolong saya, mungkin. Jadi saya hanya mengikut rentak dia sahaja, apa yang dia nak, saya bagi. Lagipun, saya tak suka nak bergaduh dengan kawan baik saya. Saya amat memerlukan kawan dalam hidup saya, kalau dia tak ada macam mana ? Ya, saya tahu bukan dia je kawan saya tapi entahlah. Saya tak suka nak itu ini sangat. Abaikan. *Tiena, sabar ye, aku tahu cerita kau, Nadia dah cerita*
- Saya tahu, memang ada nama-nama yang saya letak dekat blog, contact hp, buku atau majalah yang kawan-kawan saya tak pernah tahu pun saya ada kawan dekat sana sini. Saya tak suka nak kenal kan kawan-kawan saya dekat kawan-kawan yang lain walaupun saya selalu buat macam tu. Tengok keadaan juga. Tapi kalau saya rasa tak sedap nak kenal kan, memang saya tak akan kenal kan. Alasan saya cuma satu, saya takut orang ambil hak saya. Yelah, saya kerek semacam kan nak fikir buruk macam tu je tapi itu salah satu langkah berjaga-jaga cara saya. Tapi kalau saya kenal kan juga orang yang saya sayang dekat mereka-mereka itu bukan bermakna saya redho nak dia lepas dari pandangan saya cuma saya nak mereka-mereka tahu yang dia hak milik saya, tak perlu nak mengata atau ambil dia. Berani kerana benar. HAHA, gelak palsu. Hm kawan-kawan baik saya sikit tak pernah tengok muka orang yang pernah menambat hati saya, sebabnya macam biasa lah. Saya risau. Dan sedikit cemburu. Ya, saya tahu bukan kacak tampan mana pun sampai ada yang nak ambil tapi itu lah saya. Tak suka tetap tak suka, faham saya kan ? Lagipun, mereka-mereka tahu yang saya macam mana. Sangat bersyukur.
- Dalam diam-diam juga, saya ada keluar dengan dia-dia yang saya sayang senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. Saya tak suka nak bagi tahu saya nak pergi mana-mana kalau apa-apa tau sebenarnya kecuali dia adalah orang yang terpilih. Itu pun tak secara mendalam. Cukup sekadar dia tahu saya nak keluar and nak buat apa. Itu je. Tak semua orang tahu saya keluar pergi mana tiap hari. Tapi ada beberapa orang yang penting dalam hidup saya tahu kemana sahaja saya nak pergi dan buat. Awak tahu siapa awak sekarang kan. Penting sangat dalam hidup saya. Jangan tak ada dalam hidup saya, tau awak-awak ?
- Kadang-kadang saya tak suka nak dengar kalau orang yang saya sayang sepenuh hati bercakap pasal orang lain. Dan saya amat tak suka orang lain cakap-cakap pasal orang yang sayang walaupun awak tak tahu saya sayang dia. Dan saya sungguh tak suka orang yang sayang cakap pasal orang yang saya sayang juga. Saya akan jadi seorang yang sangat kuat berfikir waktu tu. Hm.
Terpulang lah kat kau orang nak nilai aku macam mana. Tapi ini lah salah satu perangai saya. Saya tahu ada baik dan buruk nya kalau saya terus berperangai macam ini. Kenali isi hati saya ya.
*My girls, tak nak macam-macam itu, kan ? Hee :) Kakak-kakak serta kawan-kawan terbaik.
*Gemok's, semua jangan mengada nak lupa aku eh. Sepak laju-laju nak ? :D
*Bintang, awak tahu siapa awak. Tolong jangan biarkan saya ya. Janji kita.
*My boys, macam biasa lah. Hee sayang sama sayang kan. Tak pernah ambil budak lain kan. Kita-kita je. AHHA :D
*Nescafe, kawan sampai mampus :)
*Aman, siapa ambil awak eh ? Hmm.
*Ewan, please ? :(
Penat, Huda.
2 comments:
ape bnde kau merepek ni huda? haih! terasa aku bile kau ckp kau tak suke org rpt ngn family kau. haih! takpe takpe weyy. pape pon, aku sayang kau weyy :)
Hee, jadii yana cinta, janganlah tergedik-gedik dengan family aku. Tak suka. Ngeee :p
Post a Comment